Busut Bonang Wajib Tengok Sebab Bukan Sekadar ….

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Busut Bonang Wajib Tengok Sebab Bukan Sekadar ….~ Filem-filem bercorak seram komedi merupakan antara genre yang sering menjadi kegemaran penonton di Malaysia. Menyedari hakikat itu, Alfanazra Productions Sdn. Bhd mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah filem berjudul Busut Bonang

Pengarahnya Khalid Nazri berkata idea untuk menghasilkan filem berkenaan adalah cetusan bersama panulis skrip iaitu Siti Jasmina Ibrahim. Menurutnya, dalam file mini dia mengangkat tema urban legend di mana kepercayaan masyarakat moden sekarang yang dimana segelintirnya masih mempercayai tentang kejadian urban legend.

Menerusi proses perbincangan dan genre komedi seram yang dipilih Bersama seorang lagi penulis skrip iaitu Aloy Paradoks, akhirnya ia diolah menjadi sebuah cerita mengenai saka sebagai isu utama. Malah busut juga menjadi suatu tanggapan kisah rakyat yang berkait rapat dengan entity misalnya menjadi tempat pemujaan animism dan Pontianak bertenggek- katanya

Bakal ditayangkan di pawagam pada 19 Disember 2019, Busut Bonang menampilkan barisan pelakon seperti Nadzmi Adjwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Rashidah Jaafar, Sahronizam Noor, Hairi Safwan, Aloy Paradoks, Abby Nadzri, Badrolshah@Bard dan juga Ropie.

Mengenai pemilihan genre seram sebagai naskah terbarunya, Khalid menyatakan genre sedemikian bersifat universal dengan gabungan tragik dan komedi dalam penceritaanya. Jelasnya menerusi filem Busut Bonang ini ia menerapkan kisah seram yang dekat dengan rakyat terutama yang masih mempercayai kisah mistik.

Menurutnya penggambaran filem berkenaan dilakukan pada Januari 2019 di 2 buah lokasi di Kuala Kangsar dan Ipoh selama 20 hari. Cabaran sepanjang pembikinan Busut Bonang, Khalid memberitahu antara yang paling sukar ialah untuk menerapkan 2 elemen iaitu seram dan komedi.

Sinopsis Busut Bonang

Arwah Cikgu Hassan ditemui mati dalam keadaan yang menggerikan di Kampung Bonang. Sejak kejadian itu buah mulut tersebar dalamkalangan orang kampung bahawa arwah berkeliaran menuntut pewaris baru. Sementara itu Julia anak kepada arwah Cikgu Hassan sering tidak sijat dan mengalami gangguan makhluk halus.

Sementara itu, Joey pemilik rancangan televisyen Merungkai Misteri telah dipanggil untuk memcari kebenaran disebalik semua kejadian itu dan membersihkan nama keluarga arwah Cikgu Hassan. Untuk tujuan ini Joey telah menculik Lutfy dibawa ke Kampung Bonang untuk dijadikan kru-nya. Lutfy hanyalah seorang penjual jeruk yang mempunyai hajat mahu mencuba perkerjaan baru. Datang ke seisi temuduga dan tanpa diketahui diperdaya hingga ke Kampung Bonang.

Kejadian menjadi semakin misteri apabila Julia,Lutfy dan Joey dalam perjalanan untuk menyiasat ke Busut telah ditutup pandangan oleh penunggu Busut hingga mereka sesat. Apa yang berlaku kenalah saksikan sendiri. Setkan temujanji anda ye !

Trailer Busut Bonang



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top