Bugaboo Ant Peneman Terbaik Perjalanan Anda Dapatkan di Happikiddo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bugaboo Ant Peneman Terbaik Perjalanan Anda Dapatkan di Happikiddo| Bugaboo membuktikan bahawa produk yang bagus benar-benar hadir dalam saiz yang kecil! Katakan ‘hello’ kepada keluaran terkini Bugaboo iaitu Bugaboo Ant –peneman terbaik perjalanan anda. Ia merupakan inovasi paling ringan daripada jenama ini dan juga yang paling kompak.

Keluaran ‘stroller’ terkini daripada Bugaboo ini menampilkan rekaan yang meletakkan standard baharu dalam industri berkaitan ‘stroller’ perjalanan. Sama ada keluarga anda ingin keluar melancong atau hanya bersiar di kawasan kediaman, Bugaboo mencipta ‘stroller’ perjalanan yang mampu melancarkan segala pergerakan dan membantu anda melihat dunia dengan gaya mereka.

Tidak dinafikan, kadangkala ‘stroller’ boleh membuatkan ibu bapa dan si manja berasa tidak selesa, namun dengan Bugaboo Ant, peneraju ‘stroller’ dari Belanda ini meletakkan tanda aras baharu yang sama dengan standard kualiti tinggi keluaran ‘stroller’ mereka yang lain. Daripada pemegang tangan yang mudah dilaraskan kepada tempat duduk diterbalikkan (reversible), ia dilengkapi dengan ciri-ciri pintar dan berguna yang akan membuatkan perjalanan anda sekeluarga lebih menyeronokkan.

Saiz kompak Bugaboo Ant membuatkannya sangat mudah alih untuk dimuatkan sama ada di tempat tinggi (overhead compartment) atau but kereta anda. Anda juga boleh menggunakannya sebagai troli untuk bergerak tanpa sebarang masalah di lapangan terbang atau stesen.

‘Stroller’ ini juga dilengkapi dengan ciri ‘all-wheel suspension’ dan stereng sebelah tangan yang membolehkan ibu bapa memusingkan kereta beroda si kecil ini dengan mudah. Rekaannya dipenuhi dengan ciri yang mampu membuatkan anak anda kekal gembira dan santai ketika dalam perjalanan ke mana jua destinasi. Tidak cukup dengan itu, rekaan ‘stroller’ ini dicipta untuk menjadikan setiap perjalanan anda kekal lancar agar anda sekeluarga dapat menikmati masa bersama tanpa rasa bimbang.

Seperti namanya yang diilhamkan daripada seekor semut, ‘stroller’ ini walaupun kecil namun ia sangat kuat. Kualiti tinggi daripada Bugaboo Ant menjanjikan rekaannya dicipta untuk tahan lama, kukuh dan teguh bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa untuk mengatasi kesukaran sewaktu dalam perjalanan.

Ciri utama Bugaboo Ant

  • Ukuran boleh lipat: 55 x 38 x 23 cm – Bugaboo Ant boleh digunakan sebagai barangan bawa tangan (carry-on) di kebanyakan syarikat penerbangan
  • Sesuai dipadankan dengan tempat duduk kereta
  • Ringan dan mudah dibawa 
  • Boleh dilipat menjadi satu bahagian dan bersaiz kompak 
  • Mod troli yang boleh ditarik bersama
  • ‘All-wheel suspension’ untuk mengurangkan ketidakselesaan bonggol
  • Tempat duduk diterbalikkan yang selesa dan boleh dilonggarkan 
  • Ketinggian pemegang tangan yang boleh dilaraskan
  • Tolak dan kemudi dengan satu tangan 
  • Bakul beg belakang boleh menanggung beban sehingga 5kg 
  • Bakul tempat duduk bawah boleh menanggung beban sehingga 3kg
  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga kanak-kanak berusia 36 bulan

Bugaboo Ant akan memasuki pasaran Asia Tenggara termasuk Singapura bermula 1 Julai 2019 dan boleh dapatkan ia di Happikiddo.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top