Bubblebee Cawangan Ke 2 Di Mydin USJ Atas Permintaan Orang Ramai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bubblebee Cawangan Ke 2 Di Mydin USJ Atas Permintaan Orang Ramai| Biasa minum boba kan? Jangan kata tak pernah macam tak percaya lak. Tapi pernah tak minum air boba yang bobanya berperisa madu. Ye, madu asli bukan madu kordial atau tipuan. Satu-satunya yang menjual setakat ini adalah Bubblebee dimana cawangan terletak di Menara U2, Shah Alam. Dengar kata selalu beratur panjang jika ingin membeli. Untuk anda yang mungkin ingin mencuba tapi macam jauh meh KP nak kongsikan berita baik.

Cawangan pertama di buka pada 8 Disember 2019 dan dilancarkan rasmi pada 12 Disember 2019, Kini Bubblebee membuka cawangan ke 2 di Mydin USJ dimana selepas mendapat permintaan yang tinggi dari mereka yang ingin mencuba dan sudah mencuba. Ini diantara lokasi yang dikembangkan di Lembah Klang. Pembukaan cawangan – cawangan yang seterusnya di luar kawasan Lembah Klang dimana dalam perancangan ada dalam 26 lokasi.

 

Menu terbaru di Bubblebee

Mendapat sambutan hangat dalam kalangan orang ramai di mana kami sentiasa menjanjikan kualiti yang baik serta dijamin halal. Bubblebee Sdn Bhd adalah syarikat minuman dan ais krim pertama di Malaysia yang menawarkan madu dalam produknya. Memandangkan cawangan ke2 sudah di buka, jadi menu baru diperkenalkan iaitu Toffee Ice Cream. Menu baru ini dilengkapi dengan Toffee premium, ais krim, golden Germany cornflakes, dan 100% madu tulen.

Berkongsi Peluang Perkerjaan 
Muhamad (Shuib Sepahtu) meluahkan rasa syukur kerana mendapat sambutan begitu tinggi serta faham ramai juga yang telah kehilangan sumber pendapatan oleh kerana wabak COVID-19 yang masih aktif. Justeru, membuka peluang pekerjaan bagi membantu meringankan beban orang ramai.

Bubblebee Foundation 
Sehubungan itu, Bubblebee juga telah mengambil inisiatif untuk mengasaskan Bubblebee Foundation yang membawa objektif untuk membantu mereka yang memerlukan serta pusat pengajian Tahfiz. Bubblebee Foundation akan dilancarkan pada majlis pembukaan cawangan berikutnya di The Strand, Kota Damansara.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman Instagram https://www.instagram.com/bubblebeemalaysia_hq/ atau
laman Facebook kami https://www.facebook.com/bubblebeemalaysiahq

 



About The Author

1 thought on “Bubblebee Cawangan Ke 2 Di Mydin USJ Atas Permintaan Orang Ramai”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top