BORNEO MUSIC FESTIVAL LIFE HAS ALAN WALKER & DJ SODA! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda peminat konsert, kalau yea angkat tangan! Pasti berbaris konsert yang bakal di tonton memnadangkan kelonggaran diberikan.

BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2022

Buat julung kalinya peminat muzik tempatan berpeluang menikmati Borneo Music Festival Live 2022. Bakal diadakan di Sarawak Cultural Village, Kuching, Sarawak pada 9 dan 10 September 2022.

Festival tersebut dibawa secara eksklusif oleh Amazing Aurora Entertainment. Dianjurkan oleh Firmament Event Studio dengan kerjasama More Entertainment.

Penganjuran yang pertama kali diadakan secara terbuka di Sarawak itu bakal menghimpunkan artis dari enam negara di seluruh dunia.

Selain itu, fesival tersebut juga bakal menyatukan pelbagai genre muzik pada satu platform
yang sama.

PENYANYI ANTARBANGSA

Pengunjung festival berpeluang untuk menari dan menyanyi sepuas hati dengan Alan Walker
dari United Kingdom, DJ Soda dari Korea Selatan, DJ Alexis Grace, DJ Ice Cream, DJ Chacha.

Tidak lupa juga DJ MYVAX dan DJ Paul dari Malaysia, Nicole Chen dari Singapura, DJ X Factor dari Filipina, DJ Venom C dan Moski Love dari Indonesia.

Serta barisan penyanyi Malaysia seperti Rynn Lim, ThomasJack dan Priscilla Abby bersama kumpulan muzik tempatan iaitu At Adau dan Tuku’ Kame’.

Pasti meriah Borneo Music Festival Live 2022 yang bakal dianjurkan kali ini. Ramai nama-nama terkenal bakal beraksi.

ALAN WALKER

Alan Walker yang pertama kali bakal muncul di Sarawak itu amat popular dengan single berjudul Faded. Populariti lagu tersebut membolehkan Walker menerima sijil berlian di Jerman

Termasuk sijil multi-platinum di lebih 10 buah negara termasuk Amerika Syarikat (US) dan United Kingdom (UK).

Sehingga kini lagu ciptaan Walker itu terus mendapat perhatian ramai dan menguasai pasaran muzik antarabangsa.

DJ SODA

DJ Soda yang merupakan salah seorang DJ wanita yang popular di Korea Selatan bukanlah satu nama asing dalam industri muzik.

Namanya cukup popular di peringkat antarabangsa dan mempunyai berjuta pengikut dalam talian.

Pembelian tiket awal iaitu pada 6 dan 7 Julai berpeluang untuk mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus.

Diskaun tersebut hanya diberikan kepada pembeli tiket pada tarikh berkenaan sahaja.

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge