Bollyboom Diljit Dosanjh Live Di Malaysia 13 Disember 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bollyboom Diljit Dosanjh Live Di Malaysia 13 Disember 2019|Peminat muzik Bhangra kini boleh mendengar suara lunak penyanyi kegemaran anda ni secara langsung di konsertnya yang bakal berlangsung di Malaysia. Konsert ini bakal menyaksikan penerima anugerah ‘Most Popular Song of The Year’ dan ’Best Bhangra Song of The Year’ Anugerah Muzik Punjabi PTC ini menyanyikan lagu-lagu hitsnya seperti Do You Know, 5 Taara, Put Jatt Da, Raat Di Gedi dan banyak Iagi.

HITMAN SOLUTIONS dengan bangga mempersembahkan ‘BOLLYBOOM DILJIT DOSANJH LIVE IN MALAYSIA 2019’ pada 13 Disember 2019, Jumaat. Jam 8 malam di KL LIVE, LIFE CENTRE, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama kemunculan penyanyi popular ini di Malaysia dan sudah semestinya menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh penyanyi terkenal ini.

Lelaki berusia 35 tahun ini merupakan penyanyi, pelakon dan pengacara televisyen yang terkenal di India. Malah merupakan selebriti sosial media untuk lndustri Hindi dan Punjabi. Diljit merupakan anak kelahiran Punjab, India ini memulakan perjalanan seninya pada tahun 2004 melalui album Ishq Da Uda Ada dan kini mempakan salah seorang penyanyi terkenal di India.

‘Hello Malaysia, kepada rakan media dan para peminat di Malaysia, saya berasa sangat teruja untuk mengadakan persembahan di Malaysia buat kali pertama. Saya sangat bersedia untuk menggegarkan kalian dengan Iagu-lagu hits saya. Sudah banyak yang saya dengar tentang Malaysia. Dan kali ini tiba masanya untuk saya mempersembahkan pada kalian bagaimana ’heavyweight bhangra’ dilakukan. Jangan lupa bersama-sama saya pada 13 Disember ini. Saya akan muncul bersama full band saya. Kita akan bersama-sama menjadikan hari tersebut sebuah hari bermakna buat kita semua. Jumpa nanti, Malaysia,”

-kata Diljit Dosanjh.

Konsert ini bakal menyaksikan penerima anugerah ‘Most Popular Song of The Year’ dan ’Best Bhangra Song of The Year’ Anugerah Muzik Punjabi PTC ini menyanyikan lagu-lagu hitsnya seperti Do You Know, 5 Taara, Put Jatt Da, Raat Di Gedi dan banyak Iagi.Sebagai infomasi, Diljit Dosanjh sudah meraih 20 anugerah sepanjang bergelar penyanyi dan 7 anugerah melalui lakonannya.

Diljit sudah memiliki 13 buah album, 21 buah filem Bollywood dan Punjabi serta 4O buah single sepanjang kariemya. Lagu bertajuk Laembadgini sudah ditonton sebanyak 253 juta kali di laman YouTube, diikuti degan Iagu Do You Know sebanyak 139 juta kali dan Patiala Peg sebanyak 136 juta kali di laman muzik tersebut.

Tiket berharga RM 249 (tiket biasa) masih boleh didapati secara pembelian online. Tiket ‘early bird’ yang berharga RM199 dan RM249 serta tiket RM299 (premium) telah habis dijual. Untuk pembelian ’pakej’ upper deck, para peminat boleh menghubungi talian +60125015783/ +60123805783 untuk tempahan. Penjualan tiket konsert telah bermula pada 4 November Ialu di www.myticket.asia



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top