BoBoiBoy Movie 2 Bakal Menemui di Pawagam 8 Ogos 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

BoBoiBoy Movie 2 Bakal Menemui di Pawagam 8 Ogos 2019|Anda peminat BoBoiBoy tak ? Dah menonton filem pertama mereka ? Bakal muncul dengan BoBoiBoy Movie 2 pada 8 Ogos 2019 dimana pelancaran filem telah diadakan untuk berkongsi poster, trailer rasmi dan juga lagu tema.

Yang menarik kali ini ialah BoBoiBoy Movie 2 bakal ditayangkan serentak di 5 negara selain Malaysia pada hari yang sama. Filem animasi ini menggabungkan elemen Adiwira, Pengembaraan Sci-Fi dan Komedi yang bakal ditayangkan di 500 pawagam seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam. Pastinya ramai menanti kemunculan filem ini dimana ia merangkumi negara-negara Asia Tenggara yang lain

“Sebagai penerbit, kami sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama sebuah filem animasi Malaysia berjaya mendapat tayangan serentak di 5 buah negara. Sokongan daripada peminat-peminat antarabangsa sememangnya memberi semangat untuk kami lancarkan filem BoBoiBoy Movie 2 di serata dunia. ”

-kata Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios. Nizam Abd Razak

Buat julung kalinya, Animonsta Studios berkerjasama dengan Astro Shaw. Mereka amat teruja untuk memasarkan BoBoiBoy Movie 2 di pawagam dimana ini merupakan filem animasi pertama yang melibatkan Astro Shaw. Sebelum ini Animontsa Studios dan Astro Shaw pernah berkerjasama melalui Astro Go Shop untuk mempromosikan barangan eksklusif BoBoiBoy Galaxy di www.goshop.com.my”

-kata Ketua Kandungan Astro Shaw & Nusantara, Bahagian Perniagaan Melayu & Nusantara , Raja Jastina Arshad

“Astro mempunyai platform unuk mempromosi filem yang kuat dan meyelurh. Di samping itu, kami merancang untuk membuat siri jelajah ke seluruh negara bagi membawa maskot BoBoiBoy Movie 2 dan kawan-kawan lebih dekat dengan peminat yang ingin menonton BoBoiBoy Movie 2.”

Idea untuk BoBoiBoy Movie 2 terhasil selepas kejayaan BoBoiBoy The Movie (2016) yang berjaya mendapat kutipan RM18 Juta. Berbekalkan pengalaman dari filem pertama, Animonsta Studios menjanjikan kelainan dari segi kualiti animasi dan juga visual yang bermutu tinggi. Kos keseluruhan filem ini adalah sebanyak RM7juta, dan produksi memakan masa 12 bulan.

Sinopsis BoBoiBoy Movie 2

Tentang BoBoiBoy dan rakan-rakan yang diserang oleh Retak’ka, pengguna asal Kuasa Elemental. Retak’ka ingin merampas semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy dan menggunakannya untuk menguasai galaksi. BoBoiBoy dan rakan-rakan perlu mencari cara untuk menghentikan Retak’ka dan menyelamatkan galaksi dari ancamannya.

Lagu Tema BoBoiBoy Movie 2

Faizal Tahir menyanyikan lagu tema bertajuk “Fire & Water” dimana mempunyai mesej positif yang menekankan semangat percaya pada diri dan tidak putus asa.

“Kami ingin menanam nilai murni menerusi BoBoiBoy Movi 2. Dengan memberikan superhero yang bersifat positif, BoBoiBoy merupakan contoh teladan yang baik untuk kanak-kanak. Sebagai seorang penghibur versatil dan berkarisma serta penglibatan beliau dalam misi kemanusiaan di serata dunia, pemilihan Faizal Tahir amat sesuai dengan imej BoBoiBoy”

-kata Nizam

Jangan lupa untuk ‘block date’ di kalendar anda pada 8 Ogos 2019. Untuk maklumat lanjut layari

Facebook BoBoiBoy Movie 2: https://www.facebook.com/BoboiBoyMovie.02/



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top