Bikin Filem Papar di Sebalik Realiti Pembikinan Filem

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bikin Filem Papar di Sebalik Realiti Pembikinan Filem|Bikin Filem? Disebalik kejayaan dan kegemilangan sesebuah filem ada siapa? Terdirinya bakat- bakat kreatif yang sentiasa berusaha menghasilkan karya yang terbaik. Hakikatnya, bukan sesuatu yang mudah untuk menghasilkan filem. Setiap proses tersebut kurang diketahui oleh orang ramai di luar sana.

Kini adalah peluang kepada penonton untuk menyelami suka duka keadaan yang harus dihadapai pihak produksi hadapi. Astro Shaw bawakan sebuah filem terbaru, berjudul BIKIN FILEM. Bakal mendedahkan realiti dalam pembikinan filem.

Filem komedi arahan Latiff Zami atau lebih dikenali sebagai Mohd Yeop Hitler. Akan terus berada di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480 mulai 5 November 2020. Bukan sahaja menampilkan jalan cerita yang menghiburkan. Malah setiap watak digerakkan dengan begitu baik oleh barisan pelakon hebat tanah air.

Antaranya Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah. Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Zain Hamid. Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed. Kamarool Hj Yusoff, ‘Raja Dubsmash Malaysia’ Ucop dan ramai lagi.

“Idea menghasilkan Bikin Filem adalah mahu orang ramai menonton sendiri bagaimana proses sesebuah filem itu diterbitkan. Sehinggalah ia ditayangkan di pawagam dan ia bukan satu perjalanan yang mudah. Filem adalah sebagai medium hiburan kepada penonton. Tetapi sejauh mana masyarakat , mengetahui perjalanan sesebuah filem itu dihasilkan.

Banyak cabaran yang terpaksa dilalui, seperti faktor kewangan, keadaan cuaca dan melayan kerenah pelakon. Biarpun ia dilihat sebagai sebuah filem komedi. Tetapi filem ini secara keseluruhannya ia memaparkan kisah sebenar yang dilalui oleh seorang penerbit.

Bagi yang menonton Bikin Filem, kami yakin ia akan membuka mata lebih ramai pihak. Agar tidak memberikan kritikan yang keterlaluan terhadap sesebuah filem yang dihasilkan. Hakikatnya, untuk menerbitkan sebuah filem memang sukar dan mereka yang melaluinya saja dapat memahaminya.”

-kata Penerbit Bikin Filem, Mohamad Zubir Badarshair daripada Empire FilmSolution

Trailer Bikin Filem 


“Berbeza dengan filem-filem yang pernah kami bawakan sebelum ini menerusi konsep ‘terus ke pawagam rumah anda’. Bikin Filem bakal memaparkan kepada penonton warna warni realiti serta cabaran di sebalik pembikinan sesebuah filem.

Penonton sering melihat konten dan kualiti filem. Apa yang tersirat di belakang kejayaan filem tersebut inilah insan-insan yang berusaha keras.

Memastikan sebuah karya terbaik dihasilkan khas buat penonton dan industri. Dipersembahkan dalam bentuk santai. Semoga penonton Astro terhibur dengan filem komedi ini yang turut membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air.

Kami juga berharap kehadiran Bikin Filem turut dapat mengisi masa penonton untuk terus kekal berada di rumah. Dalam pada itu, syabas buat penerbit baru. Empire Film Solution yang pertama kali menerbitkan filem tetapi kreatif tampilkan konteks yang berbeza untuk tontonan penonton.”

-kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad

Sinopsis Bikin Filem

Bikin Filem mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad). Khaty ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk ‘Dendam Berbalas’ kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut.

Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.

Saksikan filem Bikin Filem yang kini berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim filem ini di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi

Facebook|Instagram|

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top