Bersama Duta Jakel Untuk Koleksi Jakel Baju Raya 2019 & Pelancaran Jakelstore.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bersama Duta Jakel Untuk Koleksi Jakel Baju Raya 2019 & Jakelstore.my| Alamak puasa dah bermula tetapi persiapan raya belum siap. Dapatkah KP mencari persiapan raya terutama baju raya untuk dipakai di pagi raya? Kalau boleh nak ke lokasi yang senang dan paling penting ada untuk setiap ahli keluarga. Pastinya cantik dan trend terkini antara menjadi isu penting untuk pilihan baju raya.

Baru-baru ini KP diberi kesempatan untuk turut hadir di pelancaran bersama duta Jakel dengan koleksi baju raya untuk tahun ini. Di Jakel ini, ianya lebih digelar ‘one stop centre’ kerana semua jenama baju raya dari selebriti terkenal ada di sini. Semuanya dibawah satu bumbung katanya. Senanglah nak berbelanja bukan.

Koleksi produk dari Jakel memang tidak boleh disangkal kerana ia selalu mementingkan elemen utama seperti pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Tahukah anda gabungan kombinasi ini dapat menyerlahkan lagi personaliti seseorang agar kelihatan lebih bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini “up-to-date”. Jadi kemana saja anda pergi tidak perlu risau kerana anda mengikuti trend terkini tidak kira sama ada tua atau muda.

JAKEL Barulah Raya.

Tahun ini merupakan tahun pertama Jakel mengadakan kempen raya bersama Duta Jakel. Lebih berkonsepkan sembang santai kali ini dimana menampilkan memperkenalkan Duta Jakel Raya tahun 2019 antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Pilihan terbaru Abam Bocey untuk kali ini memberi gambaran saiz tidak lagi menjadi isu ye. Turut memeriahkan kempen raya pada hari ini adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar.

Sembang santai bermula di mana dikongsikan mengenai koleksi baju raya 2019 bersama duta Jakel. Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan.
Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna.
Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve).
Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.
Untuk tahun keempat kali ini , Baju Melayu Awal Ashaari masih lagi mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. . Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari.
Jakel tahun ini mengeluarkan koleksi Baju Melayu Hairul Azreen. Istimewanya koleksi baju melayu Hairul Azreen diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar.
Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga iaitu leher bulat.
Jakel turut mengekalkan pengeluaran produk baju Melayu “plus size” untuk mereka bersaiz besar. Duta yang dipilih kali ini adalah Abam Bocey . Saiz hingga 7XL ye jadi tiada isu tentang tiada saiz jika membeli di Jakel. Yang penting RTW , ready to wear ye , boleh beli dan terus pakai.
Tak payah nak pikir pasal tempah bagai.  Jadi anda yang berbadan besar mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya seperti biasa.
Harga koleksi baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu. Ini adalah untuk memudahkan para pelanggan memperoleh set lengkap baju melayu dengan berserta kain samping dan butang baju melayu di bawah satu bumbung Jakel dalam satu masa.
Khas Untuk Golongan Asnaf dan golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan
Majlis lebih bertambah erti apabila Jakel turut menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga dari golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan.
Ini adalah satu platform untuk pihak Jakel mendekati golongan berkemampuan disamping meraikan mereka.
Atas nama kemanusiaan dan keperihatinan Jakel, majlis sosial korporat (CSR) juga dianjurkan untuk membantu golongan ini mendapatkan baju baru untuk sambutan hari raya nanti.
Malah Jakel turut menyumbangkan sumbangan duit raya kepada penerima. Usaha ini adalah salah satu cara pihak Jakel membantu mereka yang memerlukan.

Majlis santai ini turut dihadiri oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Majlis ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan.

Majlis Lelongan ‘Happy Hour’

Selain mendekati golongan OKU dan asnaf, majlis juga dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan “Happy Hour” untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel.
JAKELSTORE.MY

Pertama kalinya juga, Jakel telah membuka jualan secara atas talian (online). Atas permintaan ramai daripada pelanggan, Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian perniagaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan produk pakaiaan Jakel dihujung jari.

Oleh itu Jakel mengambil peluang untuk membuat satu medium yang membolehkan para pelanggan Jakel berbelanja tanpa sempadan. Kesemua produk Jakel kini ini boleh dibeli menerusi laman jualan online di carian www.jakelstore.my.

Koleksi Kurta
Raya pada tahun ini juga, Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi kurta. Jakel sentiasa memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Ianya juga dijahit dengan menggunakan fabrik cotton berkualiti disamping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket.
Keluaran koleksi kurta juga berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta.
Baju Kurung
Pada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung dibawah Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, modern dan mesra Instagram (Instagram friendly) di musim lebaran. Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan.
Koleksi Hanis Zalikha
Koleksi Scha Alyahya
Koleksi Ayda Jebat
Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran koleksi baju kurung untuk lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini. Pemilihan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada pemakai, selain itu penggunaan warna juga turut dititikberatkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya.
Koleksi Kanak -Kanak
Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dibwah Koleksi Upin Ipin. Walaubagaimanapun ianya diolah kepada rekaan baharu bersesuain dengan masa kini.
Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu.
Koleksi Yusof Iskandar pun ada juga
Koleksi untuk anak perempuan semestinya dari Lara Alana
Jakel turut memberikan keistimewaan kepada si kecil agar tidak terlepas bergaya di aidilfitri. Oleh itu, Jakel masih meneruskan pengeluaran produk koleksi pakaian kanak-kanak dibawah label Lara Alana dan Yusuf Iskandar.

Facebook: https://www.facebook.com/jakeltextile/



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge