BERSAMA DIDI & FRIENDS HUJUNG MINGGU INI, PASTI BEST!

BERSAMA DIDI & FRIENDS HUJUNG MINGGU INI, PASTI BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti masih ingat lagi dengan karekter ini bukan?

BERSAMA DIDI & FRIENDS

Karakter-karakter kegemaran kanak-kanak terkemuka di Malaysia, Didi, Nana dan Jojo nak ajak anda semua.

Jom ke ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ anjuran Astro dengan kerjasama Warnakala Studios dan ditaja oleh Quill City Mall.

DI QUILL CITY MALL

Para peminat siri animasi yang bersiaran di saluran Astro Ceria ini boleh meluangkan masa bersama keluarga mereka.

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dengan Didi dan rakan-rakannya di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 24 – 26 Jun 2022, bermula 10 pagi hingga 9.30 malam.

INSPIRASI KANAK-KANAK

Berunsurkan kandungan hiburan kanak-kanak yang padat dengan nilai murni dan pengajaran.

Siri animasi ini seringkali menjadi pilihan setiap ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka sekaligus menghiburkan si cilik mereka.

Setiap karakter mempunyai keunikan masing-masing yang memberikan inspirasi kepada kanak-kanak.

Pihak Astro mengambil peluang untuk mengadakan program yang penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik bersama Didi & Friends.

AKTIVITI MENARIK

Kanak-kanak boleh menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan serta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

BARANGAN EKSKLUSIF

Ibu bapa juga boleh mendapatkan barangan eksklusif yang hanya boleh didapati di acara tersebut untuk anak-anak mereka.

Antara barangan eksklusif tersebut termasuk pelitup muka kanak-kanak Didi & Friends. Pelitup muka 4 lapisan ini mendapat pengesahan SIRIM dan hanya terdapat di acara tersebut.

Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk bergambar bersama karakter-karakter kegemaran mereka . Sabtu (25 Jun) dan Ahad (26 Jun) pada pukul 12.00 tengah hari, 4.30 petang dan juga 8.30 malam.

website|

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Previous Post

BUTIK SITI KHADIJAH KE-40 DI AEON SHAH ALAM, BEST!

Next Post

THE 15TH MY OPPO SPACE @ AMAN CENTRAL OPEN ON 24 JUNE!

Related Posts