Bersama Bintang Artis Alibi Music di Galeri Seni, UM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bersama Bintang Artis Alibi Music di Galeri Seni, UM|Ini adalah kali pertama KP menjejakkan kaki ke Galeri Seni, Universiti Malaya. Bersama Bintang memperkenalkan barisan artis Alibi Music. Alibi Music telah berdiri sejak lima tahun yang lalu. Awal 2010, Alibi Music dilancarkan secara rasmi dengan Konsert Kosmik yang membariskan 18 artis naungan syarikat rakaman tersebut.

“Sejak perasmian tersebut, Alibi Music telah melancarkan puluhan album, single dan video muzik. Artis Alibi silih berganti setiap masa dan antara kejayaan besar Alibi Music ialah hits dari Sixth Sense, The Fabulous Cats, Imran Ajmain dan penyanyi antarabangsa Anggun ke Malaysia dan yang terkini ialah Afghan” kata Ferhad Ahmad Pengarah Urusan Alibi Music. Sedikit perubahan telah dilakukan, kini Alibi Music bertambah aktif. Alibi Music memperkenalkan Mafarikha Akhir(Vokal Bukan Sekadar Rupa), Lokman Aslam, Fresh Music Group (FMG), Ayish Mentor, Muads, Delisha, Andy A Merican dan terbaru Wana MyStarz LG.

Antara artis yang hadir dan membuat persembahan pada hari itu

10151819_1516683755221147_2606166303250080521_n - Copy

Antara Artis Alibi Music Delisha,di anggotai 2 gadis Hannah Adlina Blackburne dan Fatin Ameerah berasal dari Singapura membawa single pertama mereka berjudul Retak. Hannah meminati bidang nyanyian seawal usianya 5 tahun dan darah seninya di warisi daripada ibunya seprang penyanyi professional lewat tahun 80-an. Meningkat remaj Hannah semakin aktif menyanyi bersama kumpulan koir di Sekolah Menengah Dunman dan pernah memenangi Gold With Honour

FMG atau pun Fresh Music Group pula mengetengahkan muzik hip hop dan bergerak secara underground. 3 anak muda ini manamakan kumpulan mereka FMG dan semua lagu nyanyian mereka adalah muzik ciptaan sendiri. Dianggotai Muhammad Fizree Mohd Ibrahim, Aswar Fadly Mihat dan Muhammad Syafiq Abdul Wahab memberitahu yang lagu mereka tidak berteraskan hip hop semata- mata tetapi di adun dengan muzik R&B, balada dan irama Malaysia. FMG baru sahaja merakamkan single pertama berjudul Lumrah Dunia memperkenalkan Anne Farina AF8

10394565_1516683398554516_879619759553745690_n

1512854_1516683351887854_6029935585966523333_n - Copy

Bagi Mafarikha Akhir pula, bakalnya di cungkil melalui program Vokal Bukan Sekadar Rupa dan sekarang bernaung di bawah Alibi pada April 2013. Single pertamanya yang bertajuk Derhaka mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat di Singapura.. ” Saya tidak sangka lagu Derhaka mendapat sambutan hangat di Singapura sedangkan di negara sendiri lagu tersebut tidak mendapat perhatian. Derhaka juga tersenarai dalam carta teratas di carta radio di Singapura iaitu Ria FM. Ramai juga artis Alibi Music

10462954_1516683938554462_5650435781631287782_n

Lain pula dengan bintang yang lahir dari program One In A Million kini popular dengan lagu Aku Cinta Padamu. Kepopularan Lokman Aslam mungkin tidak sama seperti artis yang lain tapi langkahnya ke arah kejayaan sudah pun bermula apabila lagu Aku Cinta Padamu dipilih untuk menyerikan kempen iklan Fair & Lovely dan menjadi siulan orang ramai apabila ia ditayangkan di kaca TV mahupun di laman YouTube.

10500395_1516683845221138_2879732773412661960_n

Bergambar bersama artis Alibi Music untuk kenang- kenangan.

10444002_1516684135221109_1993642762800113238_n

10402655_1516684321887757_2609684769024963123_n

Jadi pada readers, jangan lupa untuk mendengar single mereka dan jika berminat silalah beli muzik yang original dan bukan cetak rompak ye.. Terhibur dengar lagu Lokman Aslam

image

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top