Ben 10 vs. The Universe: The Movie di Cartoon Network Pada 10.10.2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ben 10 vs. The Universe: The Movie di Cartoon Network Pada 10.10.2020| Peminat- peminat Ben 10? Anda sudah bersediakah dengan tarikh 10.10.2020? Kalau sebelumnya kartun berepisod kali ini muncul dengan filem ye!

Ben 10 vs. The Universe: The Movie

10.10.2020, hari Sabtu jam 10 pagi dimana para peminat bakal menonton filem terbaru menerusi Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635). Anda juga boleh menonton di saluran-saluran Warner Media seperti  *HBO, Boomerang dan Warner TV. Nak lagi best fefeeling macam di panggung wayang tonton di streaming HBO GO.

Sinopsis Ben 10 vs. The Universe: The Movie

Kali ini Ben kembali dengan kisah letupan sebelim ini dimana dua kali ganda kerosakan terhadap pasukan Tennyson dan planet Bumi. Jadi secara tidak langsung memaksa Ben untuk pergi ke antara bintang untuk menyelamatkan keadaan. Gwen dan Grandpa Max pula bekerjasama untuk melindungi dunia semasa Ben tiada.

Apa yang terjadi adalah Ben iaitu hero kanak-kanak ini telah dikelirukan sebagai penjahat di ruang angkasa. Alamak bagaimana nie? Jadi Ben perlu cari jalan untuk kembali ke Bumi untuk diselamatkan!

Siri ini diterbitkan oleh Cartoon Network Studios, manakala ditulis dan diterbitkan bersama Man of Action Entertainment (Big Hero 6, Generator Rex), serta John Fang (Mixels, Generator Rex) yang berperanan sebagai penerbit eksekutif.

Trailer Ben 10 vs. The Universe: The Movie

“Power of 10”
Satu segmen khas bakal disiarkan setiap hari Sabtu di Cartoon Network. Episod-episod khas ini mengimbas kembali saat-saat menarik bersama beberapa musuh Ben yang paling kuat. Antaranya Kevin 11, Steam Smythe dan Vilgax, panglima perang alien intergalaksi yang sukar untuk dikalahkan.
Anda ingin bersama Ben  dalam pertempuran boleh juga sertai Cabaran Peminat Ben 10 di dalam talian Antaranya membina pertempuran Ben epik mereka sendiri. Ataupun mencari grafik GIF animasi tersembunyi di website yang dikongsikan. Apa yang penting perlu selesaikan pelbagai cabaran untuk memenangi Ben 10 Watch Party Pack yang boleh dimuat turun. Untuk maklumat lanjut boleh layari di
credit photo: comicbook.com , thesundaily.my



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top