Beg Victoria Sloane SS19 Keluaran Rita Dato’ Sosilawati Hanya di Shopee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Beg Victoria Sloane SS19 Keluaran Rita Dato’ Sosilawati Hanya di Shopee |Apakah yang selalu sinonim dengan wanita apabila mereka keluar? Beg tangan dan wanita ibarat lagu dan irama. Tidak boleh dipisahkan dari umur mahupun gaya bukan ?

Rita Dato’ Sosilawati baru sahaja melancarkan koleksi beg tangan berjenama Victoria Sloane. Victora Sloane adalah nama yang digabung sewaktu berada di kota London. Nama dua tempat yang selalu dikunjungi digabung iaitu Victoria Street dan Sloane Street. Terhasillah Victoria Sloane.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Rita Dato’ Sosilawati dan wakil Shopee baru-baru ini di The Majapahit @ Marc Residence Kuala Lumpur. Pelbagai rekaan dan warna diperagakan pada para tetamu

Ini adalah keluaran tahun ke 3 Victoria Sloane dimana kali ini koleksi nampak lagi urban dan mengikut trend terkini. Rekaan dari Asia ini diperkemaskan dengan jahitan dari Itali. Yang menariknya adalah koleksi Victoria Sloane ini dikeluarkan dengan kuantiti terhad dan rekaan tidak akan diulang cetak.

Koleksi Victoria Sloane Spring Summer 2019 ini dihasilkan dengan tangan menggunakan faux leather. Ada 5 rekaan beg esklusif yang diberi nama Warwick, Essex, Holborn, Abbey dan Kew dengan didatangi pelbagai corak dan warna yang mengancam.

Harga koleksi Beg Victoria Sloane ini rata-rata di bawah RM 200 – ianya harga mampu milik buat anda yang penggemar fesyen atau beg tangan.

Yang penting Victoria Sloane ianya sesuai digayakan dalam mana-mana majlis dan saling melengkapi gaya pemilik beg ini.

Setakat ini pembelian Victoria Sloane cuma boleh dibuat melalui online Shopee sahaja mulai 18 April 2019. Ingin tahu dengan lebih lanjut layari

Instagram Victoria Sloane : https://www.instagram.com/victoria.sloane



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge