BBB 2019 Minggu Pertama Gandingan Achey Dan Ammar Raih RM10,000!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

BBB 2019 Minggu Pertama Gandingan Achey Dan Ammar Raih RM10,000!Pentas minggu pertama Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB2019) yang bermula Ahad lalu (3 Mac), menjadi milik Achey. Gandingan “serasi yang tidak selekeh” bersama Ammar  melayakkan Achey membawa wang tunai RM10,000!. Persembahan sketsa dengan tema bebas dan pilihan lagu Amalina dan Temberang juga mendapat pujian juri tetap, Saiful Apek dan Mark Adam.

Turut memberi saingan hebat bagi minggu pertama BBB 2019 adalah Shuk yang bergandingan bersama pemenang Persembahan Terbaik AJL 33 iaitu Sufian Suhaimi. Shuk bijak menarik perhatian penonton dengan memanfaatkan persembahan viral Sufian ketika di AJL 33 untuk memperkuatkan lagi sketsa beliau selain turut mengetengahkan isu-isu lain yang turut viral di media sosial kebelakangan ini.

Selain Achey dan Shuk, pentas BBB 2019 turut menampilkan tiga lagi pelawak popular iaitu Chiwan yang bergandingan dengan Man Taman, Sharif Zero bersama Jiggy Masin dan juga Mamak Puteh bersama Bell Ngasri.

BBB 2019 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dan dihoskan oleh Elly Mazlein ini akan meriuhkan malam Ahad anda selama 8 minggu, jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. BBB 2019 juga dibawakan oleh penaja bersama KFC dan juga OPPO.

Masih mengekalkan format pertandingan terdahulu, setiap minggu menawarkan RM 10, 000 sebagai ganjaran untuk pelawak yang mendapat markah tertinggi. Mereka yang bergelar juara mingguan ini juga sekaligus memperoleh ‘pas’ untuk layak bersaing ke Arena Bintang Bersama Bintang 2019 Akhir yang menawarkan hadiah wang tunai RM100, 000.

Peserta perlu memanfaatkan masa empat minit beserta lagu selama dua minit dalam setiap sketsa mereka untuk merebut juara mingguan. Peserta juga dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk memantapkan dan menyerikan lagi persembahan mereka. Kesemua pelawak akan dinilai oleh juri tetap dengan 60% markah manakala 40% markah lagi adalah menerusi undian penonton di www.xtra.com.my/BBB2019.

Para penonton juga boleh mengikuti perkembangan dan mengetahui aktiviti di sebalik tabir para peserta BBB 2019 melalui Komik Bintang Bersama Bintang pada setiap Ahad jam 6.00 petang di TV3. BBB 2019 juga dapat disaksikan secara langsung di laman Youtube TV3Malaysia dan portal video tonton di www.tonton.com.my. Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai BBB 2019 dan jangan lupa hangatkan perbualan anda di laman sosial dengan #BBB2019!



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge