Bazaraya Irama Selebriti Di Sungai Buloh Sempena Aidilfitri 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bazaraya Irama Selebriti Di Sungai Buloh Sempena Aidilfitri 2019| Masih mencari kelengkapan raya? Kuih raya buat sendiri atau beli saja? Macam mana dengan pakaian raya di pagi raya? Dah lengkap ke semuanya. Kalau belum lagi ber-shopping apa kat jom ke SB Mall yang dulu dikenali sebagai The Store di Sungai Buloh

Bazaraya Irama Selebriti antara lokasi yang KP rekomenkan jika anda mencari kelengkapan raya. Bukan setakat kuih raya, baju raya, siap ada makanan untuk berbuka yang sudah siap di masak atau yang frozen. Setiap hari di sini ada persembahan dari artis-artis jemputan dan juga artis yang turut membuka booth jualan di sini.

Bazaraya Irama Selebriti ini berlokasi di tingkat Lower Ground (LG), SB Mall Sungai Buloh, bermula 16 Mei hingga 3 Jun 2019. Ianya adalah anjuran Konsortium IRAMA (Konsortium Artis Rakaman Muzik Malaysia). Antara selebriti yang terlibat seperti Dato’ Khaty Ibrahim, Raihan, Rabbani, Faizal Ismail, Noraniza Idris, Fitri Haris, Hazami, Ammy Fara, Ben Ladin, Toy Nizam, Maisarah Ukulele dan ramai lagi.

Ada juga Thai Food Fair selama 20 hari dari jam 3petang hingga 11 malam buat anda yang meminati makanan dari negara seberang Thailand. Ada juga jualan lelong raya dan penampilan semula Bryani Rumah Besar serta alunan persembahan Qasidah dan Nasyid oleh artis-artis terlibat.

Jika ada artis yang belum lagi menjadi ahli Irama Konsortium, apa kata ke sini dimana pendaftaran untuk ahli baru di buka. Bazaraya Irama Selebriti kali pertama diadakan oleh Konsortium IRAMA untuk ahli-ahli IRAMA dan artis-artis terlibat bagi membantu artis-artis untuk pendapatan tambahan terutama sekali di bulan Ramadan.

Di kesempatan pada hari pelancaran pengagihan bubur lambuk buat para pengunjung di SB Mall diberikan oleh artis artis seperti Toy Nizam, Maisarah Ukulele dan rakan yang lain. Pada hari yang sama juga dilancarkan album lagu Raya bertajuk Lagu Raya Gema Syawal dinyanyikan oleh Ammy Fara, Toy Nizam, Kris Patt, Maisarah, Raja Azrie

Muzik Video Gema Syawal

Lagu ini di mendapat kerjasama Dari: Padi Records & Entertainment, Harithmai Production ,Cloudworks Entertainment ,Melodi United Records , Krom Studio dimana ciptaan Ezra Yaacob dan lirik oleh Hanny.



 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge