Bata Malaysia 2019 Tema Ikatan Gaya Raya Bersama Amar & Amyra

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 Bata Malaysia 2019 Dengan Ikatan Gaya Raya Bersama Amar & Amyra|Bata Malaysia teruja untuk mempersembahkan koleksi terkini yang dibuat khas untuk musim Raya Raya yang indah ini. Sesuai untuk seisi keluarga dengan kepelbagaian citarasa dan rekaan kontemporari dengan gabungan ‘twist glam’. Tidak hairanlah Bata Malaysia nombor satu apabila dibandingkan tentang harga.

Ikatan Gaya Raya Bersama Amar & Amyra

Kali ini untuk tahun 2019, tema Ikatan Gaya Raya di persembahkan dimana ianya lebih baik dari tahun sebelumnya. Kali ini memberi fokus tentang mencipta gaya baru, memberi ganjaran. Tidak juga dilupakan dimana ianya dikongsi dalam kalangan ahli keluarga melalui membeli-belah di Bata Malaysia

Amyra Rosli dan Amar Baharin telah dipilih sebagai duta kempen. Bukan setakat di Malaysia sahaja dimana  mereka juga telah melibatkan diri sebagai duta untuk Fesyen Bata Weekend 2019, yang telah berlangsung di Prague, Republik Czech. Kedua selebriti ini seperti Amyra Rosli dengan drama popularnya Nur2 di TV3 manakala Amar Baharin dalam ‘Jodoh Jodoh Anissa’ akan disiarkan di Astro Prima tidak lama lagi.

Pasangan selebriti ini adalah pasangan yang pilihan yang menggambarkan identiti Bata Malaysia. Kedua-dua Amyra dan Amar mewakili pasangan ideal yang berjaya dalam kerjaya masing-masing dan menyokong imej positif dalam semua aspek kehidupan mereka.

Trend Kontemporari & Luxe moden untuk Wanita

Untuk anda wanita boleh mencuba luxe moden untuk dikenakan dengan pemakaian tahun ini. ahan yang berkualiti tinggi seperti suede, satin dan juga denim, Koleksi Raya ini akan memberikan keselesaan dalam bergaya yang terbaik. Pada yang meminati gaya metalik digabungkan dengan ‘regular black pump’ bakal membuat anda kelihatan anggun. 3 pilihan warna buat anda iaitu biru metalik, emas atau hitam.

Untuk yang inginkan glamour atau ‘attention’ apa kata mencuba kasut glitter dimana Bata Malaysia menawarkan GAYA yang sempurna untuk ‘mini wedge pumps & strappy stilettos ! Bata juga menawarkan barisan kasut moden dalam mempelbagaikan gaya ‘floral jacquard’ untuk memenuhi hampir setiap pilihan. Koleksi kasut wanita berharga dari RM79.00 hingga RM149.00.

Pilihan Trendy & Serba boleh untuk Lelaki
Bagi anda jejaka tampan Bata mempersembahkan brogues, moccasins, loafers, kasut berenda, pelbagai jenis pilihan sandal & slider suede dan bahan berasaskan PU. Pilihan warba dari navy hitam, hitam klasik atau khaki edgy. Untuk ‘Vibe Trend’ apa kata cuba beberapa pilihan sneakers dari koleksi terkini untuk rangkaian ‘top-of-the-line fly-knit.’ Direka dengan penuh keselesaan, sangat ringan dan serba boleh dari pelbagai sudut.  Koleksi kasut lelaki berharga dari RM59.00 hingga RM159.00.

Raya lebih meriah dengan kehadiran insan kecil yang tersayang

Untuk anak-anak jangan risau ada juga di Bata Malaysia ye. Pelbagai rekaan menarik bakal menerangi setiap langkah daripada anak-anak comel.Antara kasut -kasut kanak-kanak yang ditawarkan adalah seperti Ballerina pumps dan sandals untuk kanak-kanak perempuan manakala loafers dan slip on formal shoes adalah untuk kanak-kanak lelaki. Koleksi Kanak-kanak berharga dari RM39.90 sehingga RM129.00.

Beg Tangan –  Wajib Ada

Marie Claire dan Prive wajib ada untuk melengkapkan di pagi Raya Aidilfitri. Cetakan ‘dainty florals’ di gabungkan dengan ‘gold chain straps’ termasuklah ‘bucket bags’ untuk dibawa kemana-mana bagi si wanita. Untuk anda jejaka jangan risau dimana ada koleksi beg trend terkini yang disangkut pada pinggang yang mempunyai banyak ruang penyimpanan dan ciri-ciri pelbagai fungsi. Koleksi beg di Bata Malaysia berharga antara RM69.99 hingga RM149.00.
Jika berbelanja lebih dari RM149 ke atas dapat jam tangan dan gelang Marie Claire boleh pilih antara 3 pilihan warna dan dapat diskaun baucar RM25. Jika berbelanja RM99 dapat diskaun baucar RM25 yang boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Ada terma dan syarat, sementara masih ada stok.
**terma dan syarat, sementara masih ada stok**
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi Bata, sila layari :
Facebook: https://www.facebook.com/BataHome
Laman : www.bata.com.my



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top