Bahiyya Haneesa Perjuang Mesej Kuasa Wanita Dalam Single Percaya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bahiyya Haneesa Perjuang Mesej Kuasa Wanita Dalam Single Percaya.|Bahiyya Haneesa menjadikan lagu terbaru berjudul ‘Percaya’ sebagai wadah untuk menyampaikan mesej  penting. Apakah mesej penting itu? Memartabatkan lagi pemerkasaan wanita. Sesungguhnya, pada era ini, aspek pemerkasaan wanita dalam kehidupan sejagat  perlu berterusan tanpa perlu wujud lagi perasaan tertindas sebagai wanita. 

Bahiyya Haneesa

Contoh terbaik sebagai kumpulan acapella pertama di Malaysia yang mendapat populariti dalam masa yang singkat. Sehingga kini mereka telah menacapai 827,000 subscribers di Youtube. Manakala 146,000 pengikut di Instagram. Video cover ‘Solo’ – Jennie (of Blackpink fame) di Youtube mendapat 11 juta tontonan. Ianya merupakan video cover yang tertinggi mereka.

Justeru, menerusi lagu baharu mereka ini, mereka ingin wanita di luar sana sedar. Segala  impian mampu dicapai jika percaya terhadap diri-sendiri. Hakikatnya, setiap wanita tidak mengira  latar belakang layak untuk mencapai kehidupan. Kehidupan yang mereka impikan sekiranya mereka  bekerja-keras. Menurut anggotanya Bonn, itulah mesej penting mahu disampaikan dalam lagu  ini.

“Sesuai dengan tajuk lagu, Bahiyya Haneesa ingin semua wanita diluar sana untuk percaya pada  diri sendiri. Percaya bahawa setiap halangan yang dilalui akhirnya akan memberikan hasil yang diingini. Kita semua tahu tiada apa yang senang dalam dunia ini. Semuanya perlukan usaha. Dan  bila gagal, jangan pernah sekali pun kita putus asa.

Jadikanlah kegagalan itu penguat semangat  untuk kita terus bergerak ke hadapan dan berjaya. Paling penting, wanita perlu memberi  sokongan antara satu sama lain. Wanita adalah inspirasi dan semua wanita layak dihargai tanpa  mengira siapa pun mereka. Dan selayaknya, wanita harus memperkasakan sesama wanita  dalam misi untuk meletakkan lagi martabat ke tahap yang lebih disegani,” 

-kata Bonn

Demi mencungkil idea untuk lagu yang penuh jiwa sebegini tentunya bukan mudah dan hal itu  diakui Bahiyya Haneesa sendiri. Memandangkan kualiti serta keserasian dengan karakter  kumpulan menjadi keutamaan. Mereka perlu memilih lagu yang benar-benar yakin untuk mereka  persembahkan dan kongsikan kepada ramai. Namun, menurut kesemua anggota kumpulan  Bahiyya Haneesa, ‘Percaya’ berjaya menambat hati mereka sebaik mendengar demo asal. 

“Sebenarnya agak lama untuk kami jumpa lagu yang betul-betul paling tepat. Kami diberi  beberapa demo oleh beberapa komposer yang berkualiti. Tetapi lagu Percaya benar-benar berjaya  menambat hati kami. Kami juga banyak membuat rujukan beberapa lagu pemerkasaan wanita  yang ada. Cuba sesuaikan dengan jiwa dan karakter kami. Lebih kurang tiga bulan juga kami  ambil masa untuk menyiapkan lagu ini.

“Alhamdulillah, dengan hasil kerjasama antara Bahiyya Haneesa bersama pihak Sony Music, penerbit, pengarah, dan produksi, terhasillah Percaya. Dalam pada itu, salah seorang ahli Bahiyya Haneesa iaitu Bonn menjadi  tunjang utama kami. Demi menyiapkan melodi dan lirik bagi menyempurnakna lagi karya baharu ini. Kami sangat berharap semua pendengar di luar sana akan sukakan Percaya. Dan menjadikan lagu ini sebagai pembakar semangat mahupun pembangkit mood dalam kehidupan  seharian,”

-menurut Bahiyya Haneesa. 

Muzik Video Percaya

“Untuk rakaman Percaya, kali ini agak mencabar kerana lebih banyak pembahagian suara dan  harmoni yang kami perlu lakukan. Kami menghabiskan lebih kurang 18 jam dalam studio untuk  memastikan ia betul-betul sempurna. Semua orang berpuas hati dengan lagu ini. Untuk  pembahagian suara, kami lakukan bersama. Ini kerana kami ingin memastikan bahagian  solo yang dinyanyikan sesuai dengan suara kami. Percaya amat berbeza dengan lagu sebelum ini.

Meskipun pembikinannya tidak dinafikan agak sukar dan mencabar tetapi ia benar-benar  berbaloi. Kami berjaya masukkan banyak elemen termasuk bahagian rancak, bahagian tinggi,  bahagian rendah, bahagian rap dan campuran bahasa. Kami berganding bahu membantu satu  sama lain untuk memberikan yang terbaik serta pastinya mutu Percaya tinggi,”

-kata Bahiyya Haneesa. 

Kumpulan accapella serba berbakat ini terdiri daripada 8 mahasiswi Universiti Malaya. Dianggotai oleh Afi, Bella, Bonn, Fatin, Nina, Syasya, Suha & Wafa. Mulanya tampil sebagai  kumpulan nasyid. Mereka kini semakin terbuka mencuba muzik yang lebih versatil dan pelbagai  termasuk pop serta rap. Layari di 

Facebook|Youtube

 



About The Author

1 thought on “Bahiyya Haneesa Perjuang Mesej Kuasa Wanita Dalam Single Percaya.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top