Azree ‘Tuju’ Tampil Dengan Kenyataan Tentang Isu Di Sosial Media

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Azree ‘Tuju’ Tampil Dengan Kenyataan Tentang Isu Di Sosial Media| Merujuk kepada isu yang digembar-gemburkan sejak beberapa hari yang lalu, saya, Azree, atau lebih dikenali sebagai Tuju, yang merupakan salah seorang dari ahli kumpulan K-Clique, ingin menjelaskan situasi sebenar kepada umum berkenaan isu yang tular mengenai diri saya di media sosial.

Berikut merupakan antara penjelasan saya mengenai isu yang tular dan menjejaskan nama baik saya. Pada 2 hari lepas, saya mendapat tahu mengenai status yang dimuat naik oleh seseorang yang saya kenali. Saya enggan memberikan komen yang lebih lanjut untuk tidak memudaratkan keadaan. Walau bagaimanapun, sebagai salah seorang yang dikenali di dalam industri hiburan tanahair, saya akui saya perlu memberikan respon terhadap isu tersebut namun saya ingin meminta jasa baik semua agar bersikap rasional terhadap apa yang telah terjadi.

Sejak 2 hari lepas juga ramai pihak yang telah menghubungi saya terutama pihak media dan juga rakan-rakan dan saya memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat memberikan respon atas sebab-sebab yang tertentu.

Buat masa ini saya ingin fokus kepada karier saya yang kini dalam proses untuk menghasilkan album solo dan juga lagu bersama K-Clique. Dan kini saya mengambil inisiatif dengan menyahut seruan kerajaan untuk duduk di rumah dan menghasilkan lebih banyak lagu untuk para peminat khususnya.

Untuk makluman, pada hari ini juga, satu laporan polis telah dibuat untuk menyiasat beberapa status yang dimuat naik di media sosial yang berbaur fitnah dan mengaibkan nama saya.

Saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kebenaran dan mendoakan agar segala kesulitan dipermudahkan Allah dan Malaysia dihindari sepenuhnya dari wabak covid-19. Terima kasih.

Azree ‘Tuju’

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top