Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ayam Panggang Spicy Siam Ayamas Kini Kembali Menemui Pelanggan|Kembali atas permintaan ramai, Spicy Siam Roaster yang telah memikat selera rakyat Malaysia beberapa tahun lalu kini kembali menemui peminat ayam panggang Kedai Ayamas. Dengan tema menarik ‘Cita Rasa Enak Thai’, hidangan ini menampilkan ayam panggang Ayamas yang lembut dan bertekstur enak, diperap dengan bawang putih, serai, pasli cina, cili padi, dan pelbagai rempah ratus Thai yang beraroma. Kombinasi ini menjadikan Ayam Panggang Spicy Siam sesuatu yang bakal menepati citarasa rakyat Malaysia yang kebanyakkannya menggemari masakan pedas.

“Ayam panggang Spicy Siam Roaster adalah produk unik dari kami yang menampilkan citarasa dari Thailand. Amat sesuai bagi mereka yang sentiasa mencari kelainan dan juga para penggemar masakan Thailand,”

kata Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn Bhd, pengendali Kedai Ayamas.

Untuk hidangan Ala’ Carte, ayam panggang Spicy Siam boleh didapati dengan harga RM26.50 untuk seekor ayam, separuh ayam pada harga RM15.50, manakala ¼ ekor ayam dijual dengan harga RM8.50. Hidangan Meal for Two menampilkan setengah ekor ayam, dua set nasi ayam bersama sup, sup cendawan, dan air berkarbonat. Meal for Four pula berharga RM44.50 mengandungi seekor ayam, empat set nasi ayam bersama sup, sup cendawan, dan air berkarbonat. Untuk kedua- dua set ini, nasi ayam bersama sup boleh diganti dengan kentang goreng atau coleslaw.

Promosi dan pengiklanan ayam panggang Spicy Siam merangkumi promosi di dalam stor, pengedaran iklan bercetak dari rumah ke rumah, dan juga secara online melalui pelbagai platform media sosial untuk mendekati lebih ramai pelanggan.

Ayam panggang Spicy Siam kini dijual di semua Kedai Ayamas, Rasamas, Ayamas Roaster Express, dan Deli Ayamas berdekatan anda pada waktu yang terhad, iaitu selama 45 hari sahaja sehingga stok masih ada mulai 20 April 2018 hingga 3 Mei 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, sila layari

Website Kedai Ayamas :www.kedaiayamas.com.my



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge