Ayam Goreng MALA Marrybrown Memang Mala-Tup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ayam Goreng MALA Marrybrown Memang Mala-Tup| Peminat ayam goreng meh angkat tangan! Kini masing-masing sedang berlawan untuk menyajikan hidangan ayam yang paling sedap. Yang terbaru dari rangkaian makanan segera Marrybrown.

Ayam Goreng MALA Marrybrown

Terbaru, Marrybrown telah memperkenalkan hidangan Ayam Goreng Mala (MB Mala Fried Chicken). Hidangan ini boleh didapati mulai 28 Oktober 2020 sehingga 13 Disember 2020.

Marrybrown kini mempunyai lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara. Dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan. Untuk pengalaman pemakanan yang sempurna – di kedai mahupun di rumah!

Apa maksud MALA ?
Mala-Tup bermaksud sama dengan Meletup. Cuma ejaan mengikut trend terkini. Rempah ratus Mala yang digunakan dalam hidangan kali ini adalah pedas ye. Level pedas dimana kombinasi lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas. Jadi jika anda peminat Mala, pasti anda bakal mengetahui kehangatan dan kepedasannya bukan?

“Inspirasi utama dalam menghasilkan menu terbaharu ini datangnya dari minat. Jua rasa cinta anak-anak Malaysia pada santapan penuh rempah sambil mengikuti trend ledakan Mala.

Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan rasa cinta-benci pada rempah ratus.  Namun sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan – ketagihannya bagai dilamun cinta! Sama ada dalam nasi lemak, atau hidangan tumisan seharian.

Rakyat Malaysia sentiasa memerlukan rempah ratus untuk melazatkan setiap hidangan! Sejak kebelakangan ini, Mala sudah menjadi hidangan yang digilai ramai. Jadi kami menyediakan versi yang halal untuk santapan semua.

Ketika mencipta menu ini, kami di Marrybrown berusaha untuk memastikan rasa Mala dipadankan secara seimbang. Dengan rempah ratus lain untuk citarasa yang lebih lazat. Dengan tahap kepedasan yang tepat dan tidak terlalu kuat

Selama bertahun perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyajikan pelbagai hidangan yang memikat hati peminat. Tujuan utama yang tidak pernah berubah adalah untuk terus berusaha dalam menyediakan hidangan terbaik. Untuk para peminat Marrybrown serta sentiasa mencipta sesuatu yang berbeza dan melazatkan”.

-kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Hidangan terbaru MB Mala Fried Chicken

Kesemua set kombo ini bermula dari RM14.60 dan ke atas. Setiap set akan disajikan sekali bersama air Coca-Cola untuk mengatasi kepedasan.

  • Pilihan ayam kombo – Ayam Goreng 2-pc atau Ayam Goreng 3-pc [disertakan sekali dengan Mashed Potato dan Vegetable Salad]
  • Pilihan bubur kombo Ayam Mala – Untuk satu suapan bubur sahaja akan dapat menghilangkan rasa kepedasan Ayam Goreng Mala. Walaupun begitu, kelazatan Mala tetap dapat dirasakan.
  • Pilihan Mala Box Meal [Gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salad, Onion Ring dan Kentang Goreng Mala]

Bagi KP & Irfan yang bukan peminat Mala, mula-mula rasa tidak suka. Tetapi kalah ye! Sebabnya bila makan Ayam Goreng Mala Marrybrowngigitan pertama dah rasa pedas. Pedas yang teramat dan tahap level amat amat pedas.

Tapikan bila lagi pedas lagi nak sambung makan. Dia macam terasa pedas di lidah dan kemudian hilang selepas itu. Hahaha.. Faham ke tak ? Tips yang KP kongsi ialah kipas dan air kena standby tepi tau. Nak lagi lain cuba rasa bubur dia dengan Ayam Goreng Mala. Lain dari yang lain ya!

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, layari:



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top