AVON LIFE COLOUR Wangian Terbaru Rekaan KENZO TAKADA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

AVON LIFE COLOUR Wangian Terbaru Rekaan KENZO TAKADA|Pastinya anda biasa dengan jenama AVON bukan? Ada saja produk terbaru dikeluarkan mengikut kehendak dan maklum balas dari para pengguna setia mereka.

Tidak kira anda wanita atau jejaka, perkara yang anda buat selepas bersiap sebelum keluar untuk urusan anda pastinya memakai haruman atau perfume. Perfume adalah wajib sebab bila diri wangi jadi tampak lebih yakin untuk memulakan hari anda yang indah jua tenang.

Avon Life Colour ini adalah haruman terbaru dari AVON.  Tertulis dikotak ‘AVON LIFE COLOUR by K.T’. Siapakah penciptanya yang menggunakan nama singkatan K,T?  Kenzo Takada adalah diantara pereka terkemuka yang mencipta haruman yang istimewa buat gadis mahupun jejaka di luar sana. Pastinya bila menggunakan haruman ini terpancar kegembiraan anda.

Bukan baru dalam bidang haruman mahupun fesyen dimana kejayaan ditempa di antarabangsa selama 40 tahun. Kali ini berkolaborasi dengan AVON mencipta AVON LIFE COLOUR yang dikatakan haruman yang benar mencermin kreativiti dirinya. Kenzo Takada dianggap merevolusi fesyen dan melangkau batasan kreativiti dengan palet rona-rona ria.

Diinspirasikan oleh prisma, botol uniknya direka oleh Kenzo Takada bagaikan sejalur sinar cahaya yang memancar rona-rona prisma yang menakjubkan. Haruman pelbagai-sensori ini menghidupkan personaliti penuh keriangan dan kegembiraan buat semua di sekelilingmu.

Kalau untuk jejaka sesuai menyakin kegagahan dan sofistikated dan botol berwarna biru. Haruman moden maskulin apabila diguna mengetengahkan letusan prismatik kekal lama dari lemon, halia, magnolia, green Mate Absolute, vetiver dan oakmoss.

Kalau untuk si gadis pula haruman menceriakan seperti warnanya iaitu warna merah.   Bakal menyerlahkan  positiviti dan memukau dengan kombinasi unik pir segar, raspberi, magnolia serta kehangatan orris dan kayuan cedar.

Avon Life Colour for Her EDP 50ml & For Him EDT 75ml boleh didapati dari Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON, atau dari shop.avon.my.  Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866)
Online Shopping: www.shop.avon.my



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top