Avenue K Sambut Tahun Baru Cina Tema ‘A Blooming New Beginning’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Avenue K Sambut Tahun Baru Cina Tema ‘A Blooming New Beginning’~ Avenue K setiap kali Tahun Baru Cina menjelma pasti turut sama menghias dan kali ini bertemakan ‘A Blooming New Beginning.’ Atrium Avenue K ditengah-tengah ditukarkan menjadi sebuah taman penuh dengan bunga-bunga seperti di musim bunga dari 3 Januari hingga 9 Februari 2020. Seiring dengan tema iaitu meraikan kehadiran tahun baru di musim bunga.

Bunga ceri dan bunga peony melambangkan kehadiran musim bunga dan permulaan tahun baru. Hiasan burung-burung dan tanglung tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi suasana Tahun Baru Cina. Selain itu juga Avenue K turut menyediakan pelbagai gerai-gerai yang menjual beraneka biskut raya,perhiasan raya, mahupun pakaian tradisional buat anda yang masih belum membuat persiapan. Semuanya ada di sini di satu bangunan.

Seperti tahun sebelumnya, ‘Money Showering’ bakal diadakan pada 3 Februari 2020 dimana limau Mandarin akan di gulingkan bagi menyambut tuah dan kekayaan. Wang ringgit pula akan dilepaskan dari mulut singa sewaktu persembahan Tarian Singa diadakan sebagai symbol tuah, kebahagiaan dan Panjang umur. Sambutan Tahun Baru Cina bakal mempersembahkan beberapa aktiviti seperti Tarian Singa Seni Jalanan, Tarian Remix Kebudayaan Cina Blossom, Persembahan Lukisan Erhu Laju, Persembahan Tukar-tukar Topeng, Diabolo, Sni Kaligrafi dan banyak lagi buat para pengunjung.

Majils pelancaran ‘A Blooming New Beginning’ diserikan lagi dengan kehadiran 20 warga tua dari Rumah Kasih Charity Home yang diraikan dengan makan malam serta seisi membeli-belah di Village Grocer untuk membuat persiapan Tahun Baru Cina bagi mereka.

Sebagai ganjaran jangan lupa untuk menebus satu set Sampul Prosperity Packet dengan setiap pembelian minima RM288 (RM200 untuk pemegang kad AK Neighbours) sementara stok masih ada. Anda boleh tebus Fortune Bag yang mengandungi Famous Amos dan baucar tunai Nene Chicken untuk setiap pembelian minima RM388 (RM288 untuk pemegang kad AK Neighbours).

Menggunakan pengangkutan awam ke sini, ini berita baik dimana anda boleh gunakan kod promo GRAB: AKCNY20 untuk mendapatkan diskaun RM10 untuk 2 perjalanan Grab pergi dan balik dari Avenue K. Khas untuk 1,000 perjalanan pertama sahaja bermula dari 3 Januari hingga 9 Februari 2020. Jangan kata KP tak payung ye!

Untuk maklumat lanjut, sila layari,
Laman Web: https://www.avenuek.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/AvenueKMY
Instagram: https://www.instagram.com/avenuekmy/



About The Author

1 thought on “Avenue K Sambut Tahun Baru Cina Tema ‘A Blooming New Beginning’”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top