ATSKY Roof Garden Menjadi Lokasi Pilihan Untuk Majlis Keraian.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ATSKY Roof Garden Menjadi Lokasi Pilihan Untuk Majlis Keraian.~ Pernah anda idamkan untuk membuat majlis ekslusif di ruangan atas (roof garden) sambil menikmati hidangan yang ala-ala hotel? Tetapi bila difikirkan tentang harga, ada ke yang menawarkan harga mampu milik? Ini yang terbaru dimana tidak perlu pergi jauh. Di dalam kawasan Kota Damansara sahaja.

ATSKY Roof Garden

ATSKY baru sahaja di lancarkan pada 24 Julai 2020 oleh Dato AC Mizal. Ianya adalah sebuah restoran di atas bumbung [roof garden] yang kelihatan eksklusif. Mempunyai keluasan lebih dari 13,000 kaki persegi menjadi antara senarai pilihan untuk warga KL mahupun Lembah Klang ke sini. Tidak kira untuk menikmati hidangan sahaja atau mengadakan sebarang majlis keraian.

ATSKY di buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 malam semasa tempoh PKPP dan operasi akan di lanjutkan hingga jam 2 pagi selepas kebenaran di berikan. ATSKY Roof Garden alamat di Tingkat 3A, Dataran Cascades, PJ. Bersebelahan dengan Giant Kota Damansara

Rekaan suasana yang mempunyai pelbagai gabungan dan yang penting berhawa dingin. Ada juga ruang terbuka untuk menikmati pemandangan indah tidak kira siang atau malam yang sesuai untuk majlis keraian. ATSKY buka sahaja untuk bersantai, menikmati makanan bersama keluarga atau rakan tetapi juga majlis keraian seperti majlis hari jadi mahupun kenduri kahwin.

ATSKY menawarkan pelbagai menu dari makanan barat ke makanan tempatan pada harga yang sangat berpatutan setanding ‘kedai mamak’. Jadi tidak perlu risau untuk berbelanja. Lihat saja dari rekaan tempat yang eksklusif yang bertaraf 5 bintang. Cef-cef pula mempunyai pengalaman dari hotel-hotel terkemuka.

“Kami menawarkan harga yang berpatutan. Tetapi ramai  rakan – rakan menegur yang harga di tawarkan disini boleh dikatakan  murah di bandingkan dengan hidangan yang disediakan. Bagi saya pula ini adalah sumbangan dari saya untuk memberi peluang pada masyarakat yang tidak berpendapatan tinggi untuk turut berpeluang merasa hidangan disini. Sekali sekala merasa hidangan berkualiti hotel dalam suasana eksklusif tanpa perlu risau tentang harga. Harga mampu milik”.

-kata Pengarah urusan ATSKY En. Ali Ikhwan

Meltique Beef Steak

Antara menu signature ATSKY adalah ‘Meltique Beef Steak’. Sesuai dengan konsep harga mampu milik. Pada yang pernah mencuba dan merasainya berkongsi yang ia memiliki rasa sebanding daging Wagyu. Siapa yang tidak tahu dimana daging Wagyu iaitu daging paling bernilai di dunia.  Namun harga yang di tawarkan di sini adalah 5 kali ganda lebih murah jika di bandingkan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , layari Facebook : https://www.facebook.com/atskydamansara/



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top