ASTRO & Piala Dunia FIFA 2014 Brazil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ASTRO & Piala Dunia FIFA 2014 Brazil | Melalui platform “TONTON, MAIN, BACA & DENGAR, Astro selaku stesen penyiarbrasmi Piala Dunia FIFA 2014 Brazil akan membawakan liputan yang lengkap dan komprehensif untuk acara sukan terbesar di dunia khusus buat rakyat Malaysia.

image

image

Platform TONTON akan memperlihatkan para pelanggan Astro SuperPack sehingga 31 Mei 2914 menerima ‘Pas Bola Sepak’ untuk menonton ke semua 64 perlawanan secara langsung melalui saluran-saluran khusus yang disediakan meliputi 5 saluran berdefinisi HD dan 5 saluran definisi SD di siaran televisyen Astro dan Astro On The Go. Para pelanggan Astro yang lain dan pelanggan NJOI boleh menyaksikan ke semua peelawanan tersebut melalui ‘pembelian Pas Bola Sepak’ yang bernilai RM100 dari 1 Mei 2014

Lee Chong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata, “Dengan menekan butang merah interakif pada alat kawalan jauh Astro serta dalam aplikasi inovatif pada telefon bimbit dan web untuk menonton perlawanan-perlawanan siaran secara langsung dari pelbagai sudut kamera, ulang tayang,soroton perlawanan dan liputan berita terkini mengenai Piala Dunia FIFA.

image

Pemegang Pas Bola Sepak yang memepunyai PVR dan akses Astro On The Go akan turut menerima siaran Piala Dunia FIFA On Demand dengan kandungan selama hampir 100 jam yang meliputi pelbagai perlawanan klasik siri Piala Dunia FIFA dari tahun 1966, 10 perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 yang disiarkan secara 3D dan program-program rasmi Piala Dunia dari FIFA.

image

image

Astro juga memperkenalkan www.stadiumastro.com sebagai pusat sumber informasi berkaitan Piala Dunia FIFA 2014Brazil. rakyat Malaysia boleh melayari stadiumastro.com sepanjang musim acara bola sepak ini untuk mendapatkan berita, liputan terkini sorotan perlawanan dan lain lain lagi. Melalui platform DENGAR, aplikasi Astro Go Listen qkan menghasilkan dan mengumpul kandungan terbaik Piala Dunia 2014 disamping terdapat berita, liputan terkini, temubual, analisis dan lain lain. Platform BACA pula, membolehkan rakyat Malaysia mengakses capaian kandungan daripada web dan juga majalah digital.

image

Akhir sekali, platform MAIN, rakyat Malaysia boleh menyertai pelbagai permainan yang disediakan seperti Stadium Astro Fantasi Olabola Edition. Permainan yang boleh didapati di stadiumastro.com membolehkan para peminat bola sepak mencipta pasukan impian mereka, melakukan pemindahan pemain, menyertai loga dan mengumpul mata berdasarkan prestasi sebenar pemain pilihan mereka. Eeaders juga boleh menyertai permainan melalui aplikasi “Ola Bola Football Predictor” untuk peranti iOS dan Android. Untuk melanggan Astro dan sebarang maklumat sila layari stadiumastro.com atau hubungi 1300823838

image

#olabola #pialaduniabrazil2014



About The Author

1 thought on “ASTRO & Piala Dunia FIFA 2014 Brazil”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top