Asia’s Kids Star Cungkil Bakat Seni Kanak-Kanak Dari Negara Asia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Asia’s Kids Star Cungkil Bakat Seni Kanak-Kanak Dari Negara Asia|NQ Cultural Commercial telah melancarkan majlis pra-pelancaran Asia’s Kids Star yang telah disempurnakan oleh YAM Tunku Muna Najiah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al Haj. Rentetan dari penganjuran majlis ini, NQ Cultural Commercial sekali lagi menganjurkan satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama China’s Little Kid Stars bagi penganjuran bersama program ini bagi penyertaan kanak-kanak dari Negara China.

Untuk makluman China’s Little Kid Stars adalah sebuah institusi yang mencungkil bakat kanak-kanak dibeberapa bandar besar di China untuk diketengahkan hingga keperingkat antarabangsa. China’s Little Kid Stars akan membawa lebih 300 penyertaan kanak-kanak dari negara China di dalam penganjuran Asia’s Kids Star yang akan diadakan di Malaysia.

Asia’s Kids Star adalah satu program mencungkil bakat kanak-kanak pelbagai bidang seni antaranya tarian, nyanyian, peragaan dan lukisan. Ianya juga membuka penyertaan kanak-kanak dari beberapa negara lain di Asia.

Pemilihan bagi pencarian kanak-kanak untuk mewakili Malaysia akan diadakan pada bulan Oktober 2019. Penganjur mensasarkan lebih 2,000 kanak-kanak akan menyertai audisi didalam empat cabang seni yang dipertandingkan. Melalui audisi ini, penganjur akan memilih 30 penyertaan setiap kategori bagi mewakili Malaysia kepada pertandingan yang bakal berlangsung pada bulan Febuari 2020 yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Sehingga kini, pihak penganjur telah menerima lebih 300 permohonan penyertaan kanak-kanak dari Negara China tidak termasuk penyertaan jemputan dari Negara-Negara Asia yang lain. Penganjur menjangkakan lebih 500 kanak-kanak dari penyertaan kanak-kanak keseluruhan dari penyertaan semua Negara Asia yang dijemput. Antara negara jemputan penyertaan adalah dari China, Taiwan, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Hong Kong.

Penganjur Asia’s Kids Star , NQ Cultural Commercial dan rakan strategi China’s Little Kid Stars berharap dapat menganjurkan audisi dengan jayanya serta mendapat sokongan dari pelbagai pihak bagi usaha untuk mengembangkan bakat kanak-kanak Malaysia keperingkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut layari laman sosial  :
NQ Cultural Commercial https://www.facebook.com/NQCulturalProduction/



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top