Aman Ra Ft Altimet & Noh Salleh Untuk Single ‘Berada’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aman Ra Ft Altimet & Noh Salleh Untuk Single ‘Berada’ |Lagu yang mengabungkan tiga rakan artis iaitu Altimet, Noh Salleh dan Aman RA  mencerminkan perjalanan hidup mereka dan latar belakang yang agak berlainan  tetapi dalam setiap cabaran dan setiap kenangan ajaran yang mereka terima adalah perasaan bersyukur walau apa jua keadaan. Lagu yang berunsurkan pengajaraan ini juga mengunakan “wordplay” perkataan Berada (berharta), Berada (kedudukan) dan Brader (Persaudaraan).

Video muzik rasmi yang di terbitkan bulan May dan Jun 2019 telah sedikit sebanyak  mengimbas kembali cabaran hidup yang mereka telah lalui dan kasih sayang dan  dorongan yang telah di terima oleh Tuhan, kaum keluarga dan rakan-rakan. Imbasan  inilah yang mengingkatkan mereka untuk sentiasa berterimakasih dan berendah diri.
Maklumat Lagu
Tajuk : Berada
Artis : Aman RA ft. Altimet & Noh Salleh
Pencipta lagu : Navigator (Keramat Publishing Perkonsian Liabiliti Terhad)
Penulis Lirik : Altimet, Noh Salleh, Aman RA (Kartel Music Publishing / Noh Phrofile
Enterprise / Keramat Publishing Perkongsian Liabiliti Terhad).

Muzik Video Berada

Aman RA :
Apa maksud hidup penuh makna?
naik air terjun sampai jumpa takhta.
Jadi yang terbaik yang kita boleh jadi
Mintak apa saja dari Tuhan boleh bagi
.
Noh Salleh :
Atap usang tempat ku berteduh
Kedinginan malam ku berlabuh
Yang pasti kumasih rasa berada..
Dimakan usia kita rapuh
Berdiri tak selamanya utuh
Yang pasti kita semua berada
.
Altimet :
Dua roti canai pagi, Dua lagi untuk petang
Cakap terang budak bawah tanah mimpi nak terbang,
Oh ragu dalam hati menyerang
Fokus mata pada piala jadi aku maintain tenang
Duit cukup cukup makan tapi kalau aku cukupkan makan
takde duit minyak kereta tak jalan
Kereta tak jalan macam mana nak cari makan
Suara hati aku jadi waze jom cari jalan
Cetak biru dalam otak lepas tu orak
Gerak luar kotak hustle ni sunyi takde orang sorak
Flat semarak 12 2 blok sepuluh
November reign biar musim tengkujuh aku menyeluruh
Mama kata tulis guna hati elok elok
Baba kata berniaga fahamkan selok belok
Brader tanya altimet dah kaya ke belum,
Brader aku berada meh aku sedekah satu senyum
.
Noh Salleh :
Atap usang tempat ku berteduh
Kedinginan malam ku berlabuh
yang pasti kumasih rasa berada..
dimakan usia kita rapuh
berdiri tak selamanya utuh
yang pasti kita semua berada
Kita semua berada x8
.
Aman RA :
Air bersih, makan bersih, dan udara bersih.
ada tempat tinggal untuk rehat bila letih
3 bilik, 1 bilik air, 1 dapur
Ada pinggan mangkuk, ada kipas, ada lampu
Akhir bulan, lambat bayar bil, apa ada hal
janji duit makan, duit minyak ada takda hal.
Jjiran tetangga riuh rendah bukan huru hara
tak perlu iri hati, rezeki sama rata
anak bini riang, sihat hati senang
rasa syukur cukup makan minum pagi petang
masa lapang, jumpa kengkawan & berketawa
hujung minggu, jalan jalan bersama keluarga
.
Noh Salleh :
Atap usang tempat ku berteduh
Kedinginan malam ku berlabuh
Yang pasti kumasih rasa berada..
Dimakan usia kita rapuh
Berdiri tak selamanya utuh
Yang pasti kita semua berada
Kita semua berada x8
.
Aman RA:
Ada nama, tak tentu ada harta
Ada harta, belum tentu senang
Hancur badan bila dikandung tanah
Budi baik tetap akan dikenang

Latar belakang Aman RA, yang secara peribadinya, telah berjuang dengan penuh keazaman untuk mengatasi dan melalui cabaran yang sama dalam mencapai peningkatan dalam kehidupan dan kariernya, merupakan inspirasi untuk lagu ini. Berada kini boleh didapati di semua platform digital dan video muzik rasmi boleh ditonton di saluran AmanRAVEVO di YouTube.

Untuk mendapatkan berita terkini AmanRA sila layari platform media sosial :
Instagram – www.instagram.com/amanracom/
Facebook – www.facebook.com/amanracom/



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top