Album Sempurna Seadanya Dari Rocketfuel Entertainment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Album Sempurna Seadanya Dari Rocketfuel Entertainment |Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini dan kedatangan bulan Syawal yang bakal tiba, syarikat pengurusan artis Rocketfuel Entertainment telah melancarkan albumHari Raya terbaru terbitan mereka yang berjudul ‘Sempurna Seadanya’. Pihak Rocketfuel dengan kerjasama Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur mengambil kesempatan dengan menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa bersama sekumpulan anak-anak yatim.

Seramai 35 warga Rumah Perlindungan Nurhati sebuah pertubuhan NGO yang membantu nasib anak-anak yatim dan ibu tunggal disekitar Kuala Lumpur dijemput untuk berbuka puasa serta berpeluang meluangkan masa bersama artis-artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment selain berkongsi juadah bersama rakan-rakan media dan juga rakan-rakan perniagaan lain.

Album Sempurna Seadanya

Alnum Sempurna Seadanya Album yang menampilkan 10 buah lagu bertemakan perayaan Aidilfitri itu turut mempertaruhkan tiga lagu baru iaitu ‘Sempurna Seadanya’ dendangan Usop, Ara Johari, Masya Masyitah, dan juga Sufi Rashid, selain lagu ‘Seru Hari Lebaran’ nyanyian Syamel bersama Ernie Zakri dan juga lagu ‘Bersyukur Seadanya’ oleh Hael Husaini. Turut diselitkan bersama adalah dua buah lagu berunsur ketuhanan iaitu ‘Berserah’ nyanyian Zizan Razak dan Ismail Izzani serta ‘Maafkanlah’ oleh Syamel.

Lagu ‘Seru Hari Lebaran’ dan ‘Sempurna Seadanya’ merupakan hasil gubahan komposer veteran S Atan dan lirik oleh Siso. Kedua-dua lagu ini berunsur tradisional namun masih mempunyai rentak moden. Manakala lagu ‘Bersyukur Seadanya’ pula adalah hasil garapan Hael Husaini sendiri bersama Ezra Kong dan ‘Berserah’ pula dicipta Alif For Magic Potions dan lirik dari Ariz For Talegas Production.

Yang pasti kesemua lagu-lagu ini dijangka dapat membangkitkan suasana Hari Raya Aidilfitri di kalangan pendengar Malaysia. Walau bagaimanapun, sejajar dengan era digital masa kini, album tersebut tidak dijual dalam bentuk fizikal tetapi boleh dibeli dan dimuat turun dalam bentuk digital sahaja. Ini bermakna ia juga boleh didengari lewat platform pengstriman popular selain dibeli secaradalam talian di aplikasi itunes.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat para pembaca ye


1 thought on “Album Sempurna Seadanya Dari Rocketfuel Entertainment”

  1. Pingback: Usop Kembali Dengan Lagu Pop Rock Terbaru "Selamanya"

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge