Al-Fatihah Datuk Aziz Satar

Al-Fatihah Datuk Aziz Satar

Assalamuailaikum dan Salam Sejahtera

Al-Fatihah buat keluarga Datuk Aziz Satar. Semalam KP terkejut bila mendapat tahu arwah meninggal pada 2pagi di Hospital Kajang. Dengan teknologi yang mudah dan canggih, sebaran tentang kematian , sakit pening, msalah semuanya boleh di lakukan melalui Facebook,Twitter, Whts App mahupun We Chat. Dari Facebook juga KP tahu tentang kematian Datuk Aziz Satar.

image

 

Pemergian Datuk Aziz Satar memberi impak yang besar. Bujang Lapuk antara cerita yang tidak pernah jemu untuk menonton. Tontonlah berapa kali sekali pun takkan bosan malah ia menghiburkan dan penuh dengan gelak ketawa. Setiap cerita arwah P. Ramlee terselit sedikit pengajaran dan ianya semua berkisar tentang apa yang di lalui setiap hari. Pastinya akan merindu ‘Pak Aziz’. Moga roh akan tenang di sana dan ditempatkan bersama golongan yang beriman

image

#alfatihah #datukazizsatar

4 thoughts on “Al-Fatihah Datuk Aziz Satar”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top