Akademi D-Flat Music Melebarkan Sayapnya Di Sunway Damansara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Akademi D-Flat Music Melebarkan Sayapnya Di Sunway Damansara |Akademi muzik yang berpangkalan di Singapura, D-Flat Music Academy telah melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pembukaan rasmi studio pertamanya di Sunway-Damansara Geo Avenue baru-baru.

Belajar bermain alat muzik memang telah terbukti berkesan untuk perkembangan minda kanak-kank yang sedang membesar. Manfaat muzik bukan sahaja meningkatkan kreativiti seseorang itu, malah ia juga boleh memupuk kemahiran sosial, koordinasi fizikal, disiplin dan semangat jatidiri. Nanum begitu, penerimaan pelajaran muzik di negara kita masih lagi jauh ke belakang berbanding dengan negara-negara lain.

Ramai kanak-kanak yang hilang minat dengan begitu cepat kerana kaedah pembelajaran yang membosankan seperti menghafal dan berteraskan peperiksaan. kaedah yang digunakan sekarang oleh kebanyakan konduktor muzik menumpukan kepada pembelajaran secara menghafal dan mengejar sijil semata-mata. Berpandukan matlamat syarikat untuk mewujudkan komuniti pemuzik yang berkaliber, D-Flat Akademi mengenengahkan pembelajaran muzik yang agak berbeza.

“Kami mengambil pendekatan jangka panjang dengan menggalakkan para pelajar menghargai muzik dalam pendidikan mereka. Pendekatan kami mempunyai dua fokus iaitu – pempelajaran melalui pembacaan dan pendengaran. Jika anda boleh membaca muzik dengan baik, anda akan mampu untuk bermain apa jua bahasa muzik. Pendengaran pula membabitkan keupayaan mendengar dan sensitiviti seseorang. Ini penting bagi pelajar untuk melahirkan kreativiti muzik mereka,” 

“Kami sedar ramai pelajar-pelajar muzik di luar sana hanya didedahkan dengan pengetahuan muzik yang terhad dan lebih mengutamakan gred dalam peperiksaan. Berlainan di akademi kami, pelajar akan didedahkan kepada genre muzik yang tidak diberi perhatian dalam kaedah pembelajaran konvensional seperti jazz dan pop. Ini memberi peluang untuk para pelajar kami memahami muzik dengan lebih mudah dan menyeronokkan.”

-kata Aaron Goh, Pengarah Muzik D-Flat Music Academy dan D-Flat Studio


D-Flat Music Academy menawarkan kelas Piano, Gitar dan Vokal dan Teater Muzikal kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Akademi tersebut juga menawarkan penggunaan rangkaian buku dan alat muzik yang meluas. Pelajar juga dilatih dalam teori muzik melalui platform e-pembelajaran.

Untuk memastikan kualiti pendidikan yang ditawarkan, D-Flat Music Academy menggunakan khidmat guru yang berkelayakan sahaja di mana mereka harus memiliki kelulusan Ijazah dan ijazah sarjana dalam muzik dari universiti-universiti yang terkenal dengan jurusan seni persembahan, atau sekurang-kurangnya 20 tahun pengalaman mengajar.

Pencapaian bekas-bekas pelajar di D-Flat Music Akademi di Singapura adalah amat memberansangkan dan membuktikan keberkesanan kaedah yang telah diguna-pakai oleh D-Flat Academy.

Sempena pembukaan rasmiya, D-Flat Music Academi menawarkan pembelajaran percuma untuk bulan kedua kepada sesiapa yang mendaftar sebarang kelas muzik sebelum Jun 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Website: www.dflat.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/dflatmusicacademy/
Instagram @dflatmusicacademy
Tel: +6012-2393-873

Lokasi: D-Flat Music Academy, Sunway Geo Avenue G02-03A Jalan Lagoon Selatan Sunway South Quay 47500 Subang Jaya.
Share

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top