Aisyah Aziz Ketengahkan Irama Unik Dalam Single “Bila Entah”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Aisyah Aziz Ketengahkan Irama Unik Dalam Single “Bila Entah”| Selepas menjadi salah seorang peserta akhir Akademi Fantasia sekitar 6 tahun yang lalu, penyanyi jelita kelahiran Singapura Aisyah Aziz, terus mengorak langkah dalam arena seni suara serantau.

Selain mengukuhkan nama di negaranya sendiri di seberang tambak, dia juga berjaya mencipta nama di Malaysia. Berkat suaranya yang unik dan wajah yang cantik, Aisyah bukan sahaja sudah menjadi salah seorang penyanyi yang disegani tetapi juga telah meraih banyak anugerah sepanjang kerjayanya yang baru sekitar lima tahun.

Kini dia kembali dengan buah tangan terbarunya yang berjudul ‘Bila Entah’. Lagu hasil ciptaan pasangan pemuzik tersohor, Ezra Kong dan Hael Husaini ini mengisahkan seorangwanita yang telah ditinggalkan kekasihnya namun wanita itu masih meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapatkan lelaki itu kembali.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut mempunyai sedikit gangguan mental dan sanggup lakukan apa sahaja demi mendapat kebahagian daripada lelaki itu. Tapi sayang lelaki itu pergi begitu sahaja tanpa khabar berita.

”Aisyah Aziz mempunyai suara yang unik. Maka kita gunakan kelebihan tersebut dalam memberikan kelainan terhadap single terbarunya itu. Bukan itu sahaja, genre muzik yang akan di bawanya itu juga berlainan dari kebiasaan lebih lagi ianya mendapat sentuhan dari penyanyi dan komposer yang sedang meningkat naik iaitu Hael Husaini dengan hasil kerjasama Ezra Kong. Diharapkan agar semua dapat menerima lagu terbaru Aisyah Aziz ini.”

-kata Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records

Muzik Video Lagu Bila Entah Nyanyian Aisyah Aziz

Lagu ‘Bila Entah’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Bila Entah’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge