Adellea Sofea Memilih Suami Secara Luaran Dari Media Sosial?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Adellea Sofea Memilih Suami Secara Luaran Dari Media Sosial?~ Mira Filzah telah ditipu oleh Ungku Ismail? Alahai kasihannya Mira.. sampai hati Ungku Ismail buat bintang kesayangan ramai macam itu?. Para peminat Mira jangan marah-marah dahulu ya, memang Ungku Ismail ada menipu dan berkasar pada Mira tetapi itu demi menjayakan watak dalam drama terbaharu mereka, Adellea Sofea di slot Akasia mulai 6 Disember ini, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7.00 malam.

Selain Mira Filzah yang memegang watak Adellea Sofea dan Ungku Ismail sebagai Alif Firdhaus, drama arahan Sharulezad Mohameddin terbitan Radiusone Sdn Bhd ini turut membariskan bintang lain seperti Jasmine Suraya, Bella Dally, Fazlina Ahmad Daud, Fizo Omar, Josiah Hogan, Roy Azman dan Kazar Saisidan ramai lagi.

Sinopsis Adellea Sofea

Drama ini mengisahkan mengenai Adellea Sofea, seorang  pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita.

Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Alif Firdhaus (Fir) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya  bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami.

Tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia. Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus yang dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba. Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdhaus iaitu Ilya (Bella Dally) tidak bersetuju. Ilya menyimpan dendam pada Fir, kerana ibu bapa lebih-lebih lagi Dr. Fauziah mereka sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya.

Apakah rahsia yang disimpan Firdhaus sehingga adiknya sendiri membenci dirinya? Adakah tepat pilihan Sofea memilih Firdhaus sebagai suami hanya dengan menilai secara luaran melalui peribadi yang ditonjolkan melalui media sosial? Saksikan kesudahan drama 28 episod ini di slot Akasia hanya di TV3!.



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top