Ada Apa Dengan Dosa Angkat Isu Tuntutan Anak Luar Nikah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ada Apa Dengan Dosa Angkat Isu Tuntutan Anak Luar Nikah| Bagaimana seorang ustaz menghadapi dosa silamnya sendiri apabila beliau pernah berzina sehingga melahirkan anak luar nikah? Lebih memeritkan anak itu dibesarkan sebagai seorang ‘freethinker’, tidak mempercayai kewujudan Tuhan yang satu sehingga mahu membunuh diri.

Filem arahan Rahila Ali ini awalnya dirancang untuk tayangan pawagam bermula 24 September hadapan. Namun, lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak penerbit Pencil Pictures & Records merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk menayangkan filem yang sarat dengan pengajaran.

Kebetulan musim PKPB ini sesuai untuk tontonan seisi keluarga agar terus kekal berada di rumah. Tambahan pula, sejak filem ini diuar-uarkan di platform media sosial, pihak penerbit dihujani dengan pertanyaan dan keterujaan untuk melihat sendiri filem yang ditulis oleh penulis lirik terkenal Rudy Imran.

“Sepatutnya filem Ini ditayangkan di pawagam pada bulan September ini. Namun, lanjutan daripada PKPB akibat virus Covid-19, kita perlu mengutamakan keselamatan semua orang.

Selaku penerbit filem, saya tidak mahu melengahkan sebuah filem yang baik serta sarat dengan mesej pengajaran. Sesuai untuk dipertontonkan kepada penonton di luar sana di waktu ini .

Manusia zaman ini sering alpa dan hanyut dengan keindahan dunia sehingga lupa pahala, dosa dan tanggungjawab. Filem ini bukanlah untuk menghakimi sesiapa. Tetapi saya harap ia mampu menjetik hati semua yang menontonnya.”

-kata Penerbit filem Ada Apa Dengan Dosa, Dato’ Normashayu Puteh.

“Sejak Astro Shaw memperkenalkan konsep ‘Pawagam Di Rumah Anda’ pada bulan April lalu, peminat filem tanah air mula menerima normal baharu ini dan teruja menanti filem-filem yang ditayangkan di Astro First.

Ia terbukti menerusi kejayaan filem ‘Manap Karaoke’ yang mendominasi tangga nombor 1 carta Astro First selama 14 hari berturut-turut . Dengan treler filem raya ‘Syif Malam Raya’ tersenarai dalam ‘trending’ di laman YouTube.

Susulan daripada itu, Astro Shaw dengan usaha strategiknya terus aktif membuka ruang buat para penerbit untuk membawa filem baru mereka ke Astro First . Kami di Astro Shaw akan membantu dari segi pemasaran secara kreatif bagi membuat hebahan secara meluas mengenai filem mereka.

Dengan meletakkan kepuasaan penonton sebagai keutamaan, kami cuba bawakan jalan cerita yang segar dan lain daripada kebiasaan. Bukan tertumpu pada satu genre popular sahaja.

Ada Apa Dengan Dosa mempunyai isu dan mesej yang jarang dibincangkan secara terbuka. Menerusi filem mahu pun drama tetapi berlaku dalam masyarakat kita. Kami rasakan intipati yang diselitkan dalam jalan cerita ini bukan sahaja mampu menghiburkan penonton malah turut berkongsi pemahaman dan mesej baru.”

-kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.

Pelakon Ada Apa Dengan Dosa
 

Terbaharu, Astro Shaw membawakan filem genre drama islamik lakonan mantap Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, Haris Ismail, Adam Corrie dan Fauziah Nawi terus ke pawagam rumah anda, Astro First mulai 4 Jun 2020.

Sinopsis Ada Apa Dengan Dosa

Ada Apa Dengan Dosa (AADD) mengisahkan tentang gadis 19 tahun, Aurora yang merupakan anak luar nikah dan dibesarkan di Eropah oleh keluarga bukan Islam sejak kecil. Keadaan berubah apabila dia mendapat tahu asal usulnya. Aurora rasa tertipu dan cuba bunuh diri.

Namun, kehadiran Khaliq memberi sinar baru buatnya dan mereka pergi ke Malaysia untuk mencari ibu bapa kandungnya. Sepanjang pencariannya, Aurora mula rasa ingin tahu erti Islam yang sebenar memandangkan dia tidak mempraktikan ajaran Islam sebelum ini.

Sementara itu, ibu kandung Aurora, Siti Zahrah hidup dihantui dengan dosa silam. Manakala, ayah kandungnya pula merupakan ustaz terkenal, Ustaz Aariz yang cuba lari dari dosa lalu dan tidak mengakui yang Aurora adalah anak kandungnya kerana takut maruah tercalar.

OST Ada Apa Dengan Dosa Nyanyian Datin Alyah

Saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 4 Jun 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.



About The Author

1 thought on “Ada Apa Dengan Dosa Angkat Isu Tuntutan Anak Luar Nikah”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top