Acson Malaysia Lancar Anti VOC Spray & Aroma Diffuser

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Acson Malaysia Lancar Anti VOC Spray Sempena 35 Tahun Di Malaysia| Jenama penghawa dingin tempatan, Acson Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran Semburan ‘Anti Volatile Organic Compound (VOC) Spray’ yang pertama di Malaysia bagi meningkatkan kualiti udara dalaman serta memberi gaya hidup sihat kepada pengguna.

“Walaupun rata-rata masyarakat sedar akan pencemaran udara, namun kita tidak sedar bahawa ‘Volatile Organic Compound (VOC)’ juga merupakan ancaman yang tersembunyi dalam diaman kita. VOC yang sudah sebati di udara dalaman, mungkin berbau dan tidak berbau. Pernafasan di peringkat rendah VOC boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

“Persekitaran dalaman adalah 2 hingga 5 kali lebih tercemar daripada persekitaran luar seperti yang dinyatakan dalam laporan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat. Anti VOC Spray direka khas bagi mengekalkan kualiti udara dalaman yang baik kerana hari ini orang ramai banyak menghabiskan sebahagian besar masa dalam persekitaran yang tertutup. Kami yakin bahawa semburan itu tidak bertoksik dan tidak berbahaya untuk kesihatan”.

-kata Encik Yeap Kin Oun Pengurus Besar Acson Malaysia,

Menurut Kod Amalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010, VOC boleh menyebabkan kerengsaan mata, hidung, tekak, sakit kepala, pening, gangguan visual, gangguan ingatan dan kanser. Semburan ‘Acson Anti VOC Spray’ direka khas untuk menguraikan VOC, bahan kimia yang mungkin terdapat dalam produk rumah seperti cat, varnis, karpet, lantai vinil, produk kayu komposit, penyegar udara, produk pembersihan, rokok, dan ianya boleh kekal sehingga 2 tahun.

Semburan ‘Acson Anti VOC Spray’ mudah digunakan bagi meminimumkan pendedahan kepada VOC. Ia boleh digunakan di seluruh dinding, perabot, lantai, karpet dan banyak lagi (kecuali peralatan rumah, soket suis, lukisan, perkakas makan, produk logam, sutera dan kulit bermutu tinggi). Selepas digunakan, ia memerlukan masa 24 jam untuk membentuk lapisan salutan. Nano Titanium Dioksida yang bertindak sebagai fotokatalis yang kemudiannya akan menguraikan bahan serta bakteria berbahaya ke dalam air dan karbon dioksida, dengan kehadiran lampu (cahaya matahari atau cahaya lampu). Tanpa gosokan yang kuat di permukaan, kesan fotokatalis boleh bertahan sehingga 2 tahun.

Di samping perlindungan yang tahan lama terhadap VOC dan bakteria, Semburan ‘Acson Anti VOC Spray’ juga berkesan menghilangkan bau serta selamat untuk kegunaan dalaman. Contohnya, bau yang terhasil daripada lukisan dinding, perabot dalaman dan persekitaran dalaman yang baru diubahsuai boleh dihilangkan dengan dengan semburan ‘Acson Anti VOC Spray’.

Anti VOC Spray

Sebagai pengedar eksklusif ‘Anti VOC Spray’ di Malaysia, yang dihasilkan oleh Nanopac Co, Ltd Korea dan diterajui dengan teknologi Nano Titanium Dioxide dipatenkan. Acson Malaysia berusaha menghasilkan produk terbaik untuk pengguna sejak penubuhannya. Mereka kini lebih khusus untuk memberi kualiti udara dalaman yang terbaik untuk memenuhi tuntutan yang tinggi dalam pasaran Malaysia bersamaan dengan tagline mereka “Nature Breeze (Bayu Semula Jadi)”.

Untuk meraikan ulang tahun ke-35, Acson Malaysia telah melancarkan ‘Aroma Diffuser’ yang sesuai untuk individu yang mengutamakan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Dengan menambah beberapa titik minyak aromaterapi dalam Aroma Diffuser, ditambah pula dengan cahaya ambien yang sedia ada, ia boleh mewujudkan ketenangan dalam rumah serta meningkatkan kualiti tidur yang nyenyak. Ianya juga boleh berfungsi sebagai ‘humidifier’ untuk mengekalkan kelembapan di udara pada tahap yang sihat dan selesa. Aroma Diffuser juga sesuai untuk individu yang selalu menghabiskan waktu yang lama dalam bilik berhawa dingin.

Kali ini mengeluarkan dua model Aroma Diffuser untuk memenuhi permintaan pengguna. Aroma Diffuser dilengkapi dengan tangki air 130ml dan menggunakan USB untuk aktifkannya. Secara berasingan, ‘Aroma Diffuser Speaker’ didatangkan dengan tangki air 200ml dan boleh diaktifkan dengan pin 3-palam. Ia juga mempunyai fungsi tambahan seperti pembesar suara ‘Bluetooth’ dan pemasa yang boleh diubahsuai. Kedua-duanya ‘Aroma Diffuser’ kecil dan mudah alih, sesuai digunakan oleh pelancong yang melancong secara santai.

“Sebagai salah satu jenama yang dikenali dalam industri, kami komited untuk menghasilkan peralatan elektrik yang mesra alam kepada pengguna Malaysia. Penambahan produk terbaru kami bertujuan untuk menyempurnakan ruang dalaman rumah anda menjadi ruang yang tenang dan selesa,”

-kata Pengurus Besar Acson Malaysia, Encik Yeap Kin Oun.

Bagi meraikan pelancaran produk baru, iaitu ‘Acson Anti VOC Spray’ dan ‘Aroma Diffusers’ akan dijual secara eksklusif di PrestoMall dengan diskaun istimewa bermula dari 23 Oktober 2019 hingga 29 Oktober 2019. Produk ini akan dijual di Acson online store bermula pada 29 Oktober 2019.

Dalam tempoh promosi eksklusif ini, pembeli yang membuat tempahan awal akan dapat membeli ‘Acson Anti VOC Spray’ dengan harga diskaun sebanyak RM 159 sahaja berbanding harga asal RM 209. ‘Aroma Diffuser’ dan ‘Aroma Diffuser Speaker’ berharga RM129 (harga asal RM169) dan RM189 (harga asal RM229). Secara berasingan, set minyak aromaterapi Lavender, Eucalyptus dan Serai boleh didapati dengan harga RM49 (harga asal RM87), setiap botol minyak aromaterapi mengandungi 5ml.

Untuk keterangan lanjut, sila lawati https://acson.com.my.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top