A RISING STAR BUKTIKAN KOMITMEN SAMSUNG MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

A RISING STAR BUKTIKAN KOMITMEN SAMSUNG MALAYSIA | A Rising Star memberi inspirasi dan menyatukan anak muda Malaysia, bintang-bintang yang bakal menyinar. Ini melalui satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

A RISING STAR

Sebagai peneraju global dalam teknologi mudah alih, A Rising Star membuktikan komitmen Samsung Malaysia. Untuk membantu meningkatkan industri seni dan muzik tempatan dengan menyediakan platform bagi anak muda hari ini. Menikmati seni dan muzik – menerusi ciri-ciri unik pada Galaxy A32, Galaxy A52 dan Galaxy A72.

Seni dan muzik, khususnya adalah teras dalam budaya belia. Memainkan peranan penting untuk mempertingkat kemahiran sosial mereka. Selain dari cara mengekspresikan diri dalam bentuk kreatif.

BAWA ANAK MUDA BERSATU MELALUI MINAT

Kempen ini bukan sahaja bertujuan untuk membawa anak-anak muda bersatu melalui minat yang dikongsi bersama. Jua memberi penghargaan untuk seni dan muzik tempatan. Malah ia juga untuk menarik potensi anak muda lain dan menyatukan semua lapisan masyarakat.

Anak muda hari ini mempengaruhi arah aliran semasa dalam budaya yang dapat kita lihat. Perkara itu diilhamkan, diinspirasikan dan direka menggunakan telefon pintar mereka.

Minat dan semangat mereka untuk mencipta sesuatu tidak pernah berhenti. Pastinya dengan teknologi inovatif Samsung adalah padanan sempurna untuk anak muda di Malaysia dan seluruh dunia. Bagi menggalakkan mereka untuk menyalurkan kreativiti serta meneruskan minat dan impian mereka,”

-kata Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Korporat Samsung Malaysia Electronics.

Melalui inisiatif ini, Samsung akan menggerakkan pelbagai aktiviti yang akan berlangsung dalam usaha untuk memberikan peluang buat belia untuk merakam dan melalui pengalaman yang luar biasa.

MENYOKONG INDUSTRI MUZIK BERSAMA UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA

Universal Music Malaysia dan Samsung sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran video muzik (MV) oleh artis tempatan yang semakin meningkat. Muzik video yang bertemakan Raya berjudul Raya Raya Raya, oleh penyanyi wanita berkumpulan DOLLA.

BANDAR KL DIKUASAKAN OLEH SAMSUNG GALAXY A

Samsung bekerjasama dengan artis untuk mural sebahagian dari usaha Samsung mengindahkan bandar Kuala Lumpur.Beberapa bangunan ikonik di seluruh Bandar KL telah mengalami perubahan menarik.

REX KL CHINATOWN

Hasil lukisan mural pada bangunan REX KL di Chinatown membuatkan bangunan itu tidak lagi nampak usang dan kusam. Ia kini dilitupi dengan lukisan mural berwarna terang yang menampilkan watak. Semestinya warna menyeronokkan yang tepat dalam menggambarkan budaya Malaysia. Hasil seni daripada pelukis terkenal, Orkibal.

Transformasi magis pada bangunan Drop Inn Lodge di Jalan Tun HS Lee pula adalah idea daripada pelukis graffiti handalan, Lowkey. Seni bina ikonik lain iaitu Banunan Seni Zhongshan juga melalui perubahan hasil karya oleh pelukis mural tersohor, Bono Stellar. Bakal dijadualkan siap pada penghujung Mei 202

Mural yang dihasilkan di seluruh bandar adalah sebagai inspirasi kepada para belia. Ini adalah galakkan untuk terus mengekspresikan kreativiti dan minat seni mereka kepada dunia. Tidak kira secara bebas dan spontan.

Inisiatif yang dinamakan ‘Dikuasakan oleh Galaxy A’. Ini kerana Samsung ingin membawa elemen kreatif dan menyeronokkan dalam siri Galaxy A kepada dunia, seperti yang dilakukan dengan hasil mural ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri Samsung Galaxy A, layari ;

Website

Total
5
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Previous Post

JIKSOO RIA PENAPIS AIR TANPA TANGKI DARI SK MAGIC

Next Post

DOLLA MUNCUL DENGAN LAGU RAYA, BEST KE?

Related Posts