8 Days of Mobile Madness Kempen Terbaru dari Shopee

8 Days of Mobile Madness Kempen Terbaru dari Shopee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kempen 8 Days of Mobile Madness dari Shopee bakal diadakan di Malaysia sepanjang bulan Februari dimana menawarkan jualan harga runtuh smartphone yang pasti mengujakan penggemar produk berasaskan teknologi. Siapa yang tidak kenal dengan Shopee, social mudah alih pertama yang merekodkan sebanyak 25 juta muat turun dari rantau Asia Tenggara & Taiwan.
8 Days of Mobile Madness Kempen Terbaru dari Shopee
Pengarah Urusan Serantau, Ian Ho berkata ;
“Dengan kelebihan perbezaan harga, kategori smartphone kami merupakan salah satu kategori produk yang menunjukkan peningkatan tertinggi di Shopee. Pada masa hadapan, kami mahu meletakkan Shopee sebagai platform pilihan pertama rakyat Malaysia apabila membeli smartphone baharu. Sepanjang kempen ini, Shopee akan bekerjasama dengan beberapa jenama terkemuka seperti Samsung, OPPO, Xiaomi, Huawei, ASUS, Honor dan Lenovo dalam menawarkan promosi terbaik untuk pengguna kami. Dengan Shopee, pengguna dijamin dapat menikmati harga telefon bimbit terendah di seluruh negara dengan promosi 8 Days of Mobile Madness”
Kemuncak Kempen ‘Mobile Madness’, ‘8 Days of Mobile Madness’ akan berlangsung dari 21 hingga 28 Februari, menampilkan jenama kegemaran anda yang boleh dibeli pada harga serendah RM150! Setiap hari, Shopee akan melancarkan promosi berbeza dengan menawarkan harga runtuh untuk semua smartphone.  Teruskan mengikuti Shopee App untuk memilih smartphone dan aksesori yang menepati citarasa mudah alih pengguna bagi tahun 2017.
8 Days of Mobile Madness Kempen Terbaru dari Shopee
Sebagai permulaan momentum kempen tersebut, pengguna boleh menyertai pertandingan ‘Show Your Crack’ yang berlangsung dari 9 hingga 24 Februari 2017. Pengguna tegar telefon mudah alih boleh memuat turun gambar skrin pecah pada telefon bimbit mereka di Facebook & Instagram untuk memenangi sebuah telefon bimbit Huawei P9. Setiap penyertaan akan diberi ganjaran berbentuk baucar bernilai RM50 yang sah digunakan untuk membuat pembelian telefon bimbit. Selebriti/penggiat media sosial seperti Anzalna Nasir, Kamal Adli, Faiz Dickie dan Ucop turun menyertai kegirangan sepanjang Kempen ‘Mobile Madness’ Shopee. Teruskan mengikuti ikon anda untuk mengetahui lebih lanjut.
Untuk maklumat lanjut layari
Website Shopee : http://www.shopee.com.my
Boleh juga muat turun secara PERCUMA di Google Play buat pengguna Android dan Apps Store buat mereka yang menggunakan Iphone.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top