7 Hari Kisah Cinta Langkawi, DiPikat Atau Terpikat?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

7 Hari Kisah Cinta Langkawi, Dapatkah DiPikat Atau Terpikat?|7 Hari Kisah Cinta Langkawi merupakan filem genre komedi romantik yang sesuai untuk tontonan golongan remaja di era media sosial ini . Bolehkah anda memikat cinta dalam masa 7 hari?Ini yang bakal di ketengahkan dalam filem ringan dan santai. Komedi romantik dan boleh di tonton oleh semua golongan. Fokuskan juga pada pemandangan dan tempat menarik di Langkawi yang loksi penggambaran kali ini

Sinopsis 7 Hari Kisah Cinta Langkawi

Berkisahkan tentang vlogger popular bernama Adira (Chi Azmi) yang menggunakan nama vlog Diva Asmara kerap memuatnaik kata-kata nasihat dan motivasi kepada pengikutnya tentang permasalahan cinta remaja. Juga dikongsikan bagaimana untuk mengatasinya. Apabila menerbitkan buku bertajuk Cara Memikat Hati Lelaki Dalam 7 Hari , seorang vlogger di Langkawi bernama Joe (Josiah Hogan) mencabar untuk membuktikan keberkesanan sistem yang disarankan dalam bukunya. Adira pada mulanya enggan melayan cabaran tersebut tetapi pembantu peribadinya, Eli (Tengku Norsaili) mendesak Adira agar untuk menyahut cabaran yang telah menjadi viral di kalangan media sosial.  Cabaran yang dilontarkan kepada Adira di sambut dan bukanlah untuk Joe jatuh cinta padanya dalam masa 7 hari tetapi perlu memikat kawan Joe bernama Ben (Peter Davis) dari UK. Lebih-lebih lagi, situasi ini bertambah rumit dengan kehadiran kawan Joe Iaitu Nik (Mark Adam) yang sering mengganggu plan Joe untuk merosakkan reputasi Adira sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.
Pada masa yang sama ayah Adira, Datuk Rahim (Shahruddin Thanby) merancang dan memaksa aak rakan niaganya Zul (Amai Kamaruddin) untuk ke Langkawi dengan segera memikat hati Adira. Pada mulanya Zul tidak berminat tetapi Datuk Rahim bersetuju satu perkara hingga membuatkan Zul menuruti katanya.

Trailer 7 Hari Kisah Cinta Langkawi

Siapakah yang bakal berjaya dalam cabaran ini?
Adakah Adira menawan hati Ben atau Joe?
Ataupun Nik dan mungkin juga Zul yang Adira tawan?
Mungkinkah Eli yang terpikat dengan cara-cara yang dikongsikan?

Semua ini bakal terjawab di dalam filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 31 Oktober 2019. Jangan lupa setkan temujanji anda untuk gelak tawa bersama mereka .

Facebook :https://www.facebook.com/didzsquadstudios/



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top