10 PENYAMPAI BERITA LAGENDA RAIKAN ULANGTAHUN TV3 KE-38!

10 PENYAMPAI BERITA LAGENDA RAIKAN ULANGTAHUN TV3 KE-38! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Zaman 80-90an adalah zaman dimana siaran berita adalah yang wajib ditonton. Mana tak disinilah semua cerita atau berita dikongsikan.

Al-maklum tiada sosial media waktu itu. Jam 8 malam adalah wajib untuk menonton berita, agar diri dikemaskini dengan info terkini.

10 PENYAMPAI BERITA LAGENDA

Kenalkah anda pada nama-nama ini -Rosli Dahamin, Fuad Rahman, Datuk Jasni Shafie, Abu Bakar Atan, Zainal Ariffin Ismail, Ezzah Aziz Fawzy?

Ataupun Nurfarahin Jamsari, Azmi Aziz, Azura Abdul Karim dan Zakiah Anas? Ini adalah nama-nama yang sangat sinonim dengan Buletin Utama di TV3 sejak beroperasi pada 1 Jun 1984.  

ULANG TAHUN TV3 KE-38

Bersempena dengan ulang tahun TV3 yang bakal tiba, 10 ikon penyiaran tersebut memberi kejutan kepada penonton setia Buletin Utama.

Penampilan istimewa bersama-sama dengan barisan penyampai berita seperti Mior Abdul Malek Raiyani, Azaria Tagaya, Amirulhakim Lokman, Asrulnizam Kadir, Ezreena Amir Hamzah, Siti Khadijah Jaafar dan Khairul Rizuan Azizan.

Dari 26 Mei 2022 sehingga 1 Jun 2022, jam 8.00 malam. Kemunculan mereka tentunya mengembalikan nostalgia dan mengubati rindu penonton yang ingin melihat ikon penyiaran beraksi di Buletin Utama. 

7 LAPORAN KHAS SEMPENA KE-38

Nantikan paparan 7 laporan khas bersempena dengan ulang tahun TV3 ke-38 yang bakal menelusuri program-program TV3. Diantaranya adalah Anugerah Juara Lagu,  Majalah 3, Nona, Jejak Rasul, Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, 999.

Tidak ketinggalan, Buletin Utama, program TV nombor satu di Malaysia yang utuh dalam hati penonton.

UJI BAKAT PENCARIAN WAJAH BARU BULETIN TV3

Selain itu, uji bakat pencarian wajah baharu buletin TV3 yang sedang rancak berlangsung di TikTok dari 10 Mei hingga 31 Mei 2022 mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Ia mensasarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur dari 19 hingga 30 tahun dalam usaha mencari seterusnya menggilap bakat muda menjadi ‘Wajah’ kepada Buletin TV3.

Bagi mereka yang berminat, jangan melepaskan peluang ini untuk menyertai uji bakat tersebut.

-Rakam video anda (durasi video lebih 60 saat) menyampaikan dua skrip berita (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya).

-Muat naik ke akaun TikTok peribadi berserta tanda pagar (“hashtag) #WajahbaharuBuletinTV3 #PenyampaiBuletinTV3 dan #BuletinTV3. 

Website |

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Previous Post

WESTERN AUSTRALIA WELCOMES MALAYSIANS FOR A TIME OF ADVENTURE!

Next Post

MOBILE LEGENDS : BIG BANG 515 HIT 2M VIEWS, AMAZING!

Related Posts